Bermula dengan Aplikasi Outlook pada Web

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2011-04-23

Aplikasi Outlook Webmembenarkan anda menggunakan pelayar Web untuk mencapai peti mel anda dari mana-mana komputer yang mempunyai sambungan Internet. Anda boleh menggunakannya untuk membaca dan menghantar mesej e-mel, mengatur orang hubungan, mencipta tugas dan menguruskan kalendar anda.

Kandungan

Pelayar yang Disokong

Bekerja dengan Mesej

Menggunakan Kalendar

Orang Hubungan dan Kumpulan

Menyesuaikan

Keupayaan Mengakses

Mendapatkan Bantuan

Mendaftar Keluar

Cara Lain untuk Menyambung kepada Peti Mel Anda

Pelayar yang Disokong

Anda boleh mencapai peti mel anda melalui sebarang pelayar yang menyokong HTML 3.2 dan ECMA. Ini termasuk Internet Explorer, Mozilla Firefox, Apple Safari, Chrome dan lain-lain pelayar Web pada komputer yang menggunakan UNIX, Apple Macintosh, atau Microsoft Windows. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Pelayar Sokongan Aplikasi Outlook WebAplikasi Light Outlook Web adalah versi yang lebih ringkas bagi Aplikasi Outlook Web yang menyokong hampir mana-mana pelayar.

Bekerja dengan Mesej

Sebagai tambahan kepada membaca dan menghantar mesej e-mel, anda boleh menysuaikan mesej anda dengan, contohnya, menambah lampiran, meminta resit apabila mesej dibaca atau dihantar dan menambah kategori kepada mesej.

Anda boleh menggunakan folder untuk mengatur mesej anda seperti yang anda akan gunakan sistem fail untuk mengatur kertas. Anda boleh menguruskan mesej yang anda terima dengan menggunakan peraturan untuk menyusunnya dalam folder berbeza.

Secara lalai, Aplikasi Outlook Web menggunakan paparan Perbualan dalam semua folder e-mel bila-bila Anak Tetingkap Membaca dihidupkan. Perbualan memaparkan paparan setiap mesej dalam perbualan dalam paparan tunggal. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Ketahui Mengenai Perbualan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk bekerja dengan mesej, lihat Mel.

Menggunakan Kalendar

Kalendar anda adalah seperti kalendar pada dinding tetapi dengan banyak ciri tambahan. Apabila anda menambah janji temu kepada kalendar anda, anda boleh menyesuaikannya dalam banyak cara, contohnya, menambah lampiran, mengisi butiran sebanyak yang anda inginkan, mengeset peringatan atau membuatkannya sebagai janji temu supaya ia ditambah kepada kalendar anda secara automatik pada asas tetap.

Sebagai tambahan kepada mencipta janji temu, anda boleh menyediakan mesyuarat. Mesyuarat adalah sama seperti janji temu, cuma anda menghantar jemputan untuknya kepada orang lain. Setiap orang yang anda jemput mendapat mesej e-mel dengan butiran mesyuarat. Bergantung pada khidmat e-mel mereka, mereka mungkin boleh menggunakan mesej e-mel yang mereka terima untuk menambah mesyuarat kepada kalendar mereka sendiri.

Lihat Kalendar untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk menguruskan kalendar anda.

Orang Hubungan dan Kumpulan

Folder Orang Hubungan bagi peti mel anda adalah seperti Rolodex atau buku alamat denganentri untuk setiap orang atau kumpulan yang anda ingin simpankan maklumat mengenainya. Anda boleh mencipta orang hubungan untuk menyimpan maklumat mengenai orang atau perniagaan yang anda ingin berkomunikasi dengannya.

Kumpulan membenarkan anda mencipta entr tunggal yang termasuk orang hubungan berbilang. Apabila anda menghantar mesej kepada kumpulan, ia pergi ke setiap orang hubungan dalam kumpulan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Orang Hubungan dan Kumpulan, lihat Orang Hubungan.

Jika anda mempunyai peti mel berasaskan awan, anda boleh mengimport orang hubungan daripada akaun e-mel lain. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Import Orang Hubungan.

Menyesuaikan

Peti mel sudah sedia untuk digunakan secepat mungkin apabila anda mendaftar masuk anda tidak perlu mengubah sebarang seting atau menghidupkan atau mematikan apa-apa untuk mula menghantar dan menerima mesej e-mel. Walau bagaimanapun, anda mungkin masih ingin mengubah beberapa seting untuk menyesuaikan dengan keutamaan anda.

Anda boleh anda melakukan perkara seperti semakan ejaan automatik dalam mesej e-mel anda sebelum menghantar, menambah tandatangan kepada mesej yang anda hantar, dan memilih fon lalai untuk mesej anda.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara untuk menyesuaikan Aplikasi Outlook Web lihat Rujukan Opsyen.

Keupayaan Mengakses

Terdapat versi light yang dioptimumkan untuk pengguna yang buta atau mempunyai penglihatan rendah. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Aplikasi Light Outlook Web.

Mendapatkan Bantuan

Untuk mendapatkan bantuan dalam tetingkap yang anda sedang bekerja, klik ikon bantuan bantuan pada bar alat.

Jika anda tahu siapa pentadbir e-mel anda, hubunginya untuk maklumat mengenai cara untuk menggunakan Aplikasi Outlook Web pada intranet anda atau Internet.

Mendaftar Keluar

Apabila anda selesai menggunakan peti mel anda, pastikan anda klik Daftar keluar pada bar alat dan kemudian, tutup semua tetingkap pelayar. Mendaftar keluar membantu mengelakkan orang lain daripada meggunakan komputer untuk mencapai peti mel anda. Walaupun jika anda merancang untuk terus menggunakan komputer untuk melawati tapak Web lain, klik Daktar keluar dan tutup semua tetingkap pelayar selepas setiap sesi.

Cara Lain untuk Menyambung kepada Peti Mel Anda

  • Sambung kepada peti mel anda menggunakan atur cara e-mel kegemaran   Sebagai tambahan kepada Aplikasi Outlook Web, anda boleh mencapai peti mel anda dengan mana-mana yang berikut:
    • Office Outlook 2007.
    • Telefon mudah alih yang menjalankan perisian  Mobile Windowsdan sokongan Exchange ActiveSync, termasuk Windows Mobile 5.0 dan Windows Mobile 6.0. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Sediakan Akaun E-Mel Anda pada Telefon Mudah Alih Anda.
    • Telefon mudah alih yang menggunakan atur cara e-mel POP3 atau IMAP4, contohnya, Apple iPhone.
    • Program e-mel POP3 atau IMAP4, contohnya, Outlook Express, Entourage for MAC OS X, Mozilla Thunderbird, dan Mel Windows.
    Untuk mengetahui selanjutnya, lihat Persediaan E-Mel.
  • Konfigurasi mel suara   Anda boleh mendayakan mel suara dengan menambah nombor telefon mudah alih kepada akaun anda. Dengan mendayakan mel suara, anda boleh menerima mel suara dihantar kepada telefon mudah alih anda dalam Peti Masuk anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Mel Suara.

Apa lagi yang perlu saya tahu?

  • Bergantung pada konfigurasi pelayan yang mengehos peti mel anda, Aplikasi Outlook Web boleh menutup sambungan secara automatik pada sambungan pada peti mel anda selepas satu tempoh tidak aktif untuk membantu melindungi peti mel anda daripada akses yang tidak dibenarkan.
  • Sesetengah ciri yang diterangkan dalam Bantuan mungkin tidak tersedia bergantung pada konfigurasi pelayan yang mengehos peti mel anda.

Bagaimana jika saya ingin tahu lebih lanjut?

 
Topik bantuan berkaitan
Memuat...
Tiada sumber ditemui.