Tugas

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2009-08-14

Folder Tugas mengandungi item tugasan.

Bagaimana saya bekerja dengan tugas?

Tugas membenarkan anda menjejaki apa-apa yang anda pilih. Contohnya, anda boleh mencipta tugas untuk menulis laporan, dan kemudian menambah peringatan, tarikh mula, tarikh akhir dan nota kepada tugas. Jika anda perlu melakukan tugas yang sama lebih dari sekali, anda boleh menjadikannya tugas berulang.

Untuk membuka tugas anda, klik tugasTugas dalam Anak Tetingkap Navigasi.

Bagaimana saya memilih apa tugas untuk dilihat?

Anak tetingkap navigasi dalam Tugas membenarkan anda memilih jenis tugas yang anda ingin lihat. Anda juga boleh memilih untuk melihat semua Item dan Tugas Berbendera atau hanya Tugas.

Jika anda mencipta folder tugas tambahan, ia juga muncul bersama dengan Item dan Tugas yang Berbendera dan Tugas.

Memilih Item dan Tugas Berbendera menyebabkan semua item yang anda letakkan bendera (mesej e-mel, orang hubungan dan tugas) muncul dalam senarai item. Tindakan yang tersedia untuk item bergantung pada jenis item. Contohnya, jika anda memilih mesej e-mel berbendera, anda boleh membalas atau mengemukakannya daripada bar alat. Jika anda memilih ajakan mesyuarat berbendera yang anda telah terima, anda boleh menerima, menerima secara tentatif atau menolaknya menggunakan bar alat.

Memilih Tugas mengehadkan senarai hanya kepada tugas.

Sebagai tambahan kepada menetapkan jenis tugas yang anda ingin lihat, anda boleh menetapkan tugas mana untuk dilihat berdasarkan pada statusnya menggunakan opsyen dalam seksyen Paparan di bawah seksyen Tugas. Anda boleh memilih daripada opsyen berikut:

  • Semua: Menunjukkan semua item.

  • Aktif: Menunjukkan hanya item yang tidak selesai.

  • Lampau Tempoh: Menunjukkan hanya item yang lampau tempoh.

  • Selesai: Menunjukkan hanya item yang ditanda sebagai Selesai.

Apa lagi yang saya perlu tahu?

  • Item tugas disimpan dalam folder Tugas anda. Item tugas ini boleh menjadi tugas, mesej e-mel atau orang hubungan yang berbendera untuk susulan. Secara lalai, semua tugas ditandakan dengan bendera untuk susulan apabila ia dicipta, walaupun jika ia tidak mempunyai tarikh mula atau tarikh akhir. Apabila anda mencipta tugas, atau menandakan mesej e-mel atau orang hubungan dengan bendera, item tugas dicipta secara automatik. Tugas boleh berlaku sekali atau ia boleh berulang. Tugas boleh dikemas kini untuk menunjukkan perkembangan menggunakan medan % selesai.

Bagaimana jika saya ingin tahu lebih lanjut?

 
Topik bantuan berkaitan
Memuat...
Tiada sumber ditemui.