Rujukan Opsyen

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2013-04-12

Anda boleh menyesuaikan Outlook Web App dengan mengubah rupa atau kelakuan ciri seperti seting bahasa dan opsyen mesej dan kalendar. Bukan semua opsyen disenaraikan di sini tersedia pada semua akaun.

Bagaimana saya menyimpan perubahan?

Selepas anda mengubah seting dalam Opsyen, klik Simpan pada bar alat untuk menggunakan perubahan anda. Anda mungkin perlu mendaftar keluar dan mendaftar masuk semula untuk melihat perubahan anda.

Akaun

 

Seksyen Perihalan

Maklumat Akaun

Gunakan Maklumat Akaun untuk menguruskan maklumat peribadi anda.

Aturkan E-Mel

 

Tab Perihalan

Tab Peraturan Peti Masuk

Anda boleh menggunakan peraturan Peti Masuk untuk menyusun mesej secara automatik apabila ia tiba.

Tab Balasan Automatik

Gunakan balasan automatik untuk membenarkan orang tahu apabila anda jauh dan tidak menjawab e-mel.

Gunakan Tab Laporan Penghantaran untuk Mendapatkan Maklumat Mengenai Mesej

Laporan penghantaran boleh memberitahu anda jika mesej yang anda hantar telah dihantar dan bila.

Tab Dasar Pengekalan

Lihat dan uruskan dasar pengekalan untuk peti mel anda.

Kumpulan

 

Tab Perihalan

Kumpulan Awam Yang Saya Digolongkan

Kumpulan (Awam)

Sertai atau tinggalkan kumpulan awam yang disenaraikan dalam buku alamat dikongsi atau ketahi lebih lanjut mengenai kumpulan yang saya digolongkan.

Kumpulan Awam Yang Saya Sertai

Kumpulan (Awam)

Cipta kumpulan awam baru untuk berkongsi dengan orang lain. Jika anda sudah memiliki kumpulan, anda boleh mengubah suai kumpulan, setkan keahlian dan opsyen kelulusan atau menghapuskan kumpulan.

Seting

 

Tab Perihalan

Tab Mel

Gunakan tab Mel untuk mengeset opsyen seperti tandatangan, pemberitahuan untuk mesej baru dan opsyen Anak Tetingkap Membaca.

Tab Ejaan

Gunakan tab Ejaan untuk mengeset opsyen untuk menyemak ejaan.

Tab Kalendar

Gunakan tab Kalendar untuk mengeset minggu kerja anda, waktu bekerja, peringatang dan opsyen berkaitan kalendar yang lain.

Tab Umum

Tab Umum membenarkan anda menguruskan rupa Outlook Web App dan senarai alamat mana yang digunakan dahulu apabila menyelesaikan nama dalam mesej yang anda hantar.

Tab Rantau

Gunakan tab Rantau untuk memilih bahasa lalai, format tarikh dan masa dan zon masa.

Tab Kata Laluan

Anda boleh menggunakan tab Kata Laluan untuk mengubah kata laluan anda.

Tab S/MIME

Gunakan S/MIME untuk membuat mesej lebih selamat.

Telefon

 

Tab Perihalan

Seting Mel Suara: Aplikasi Web Outlook (BPOS)

Gunakan tab Mel Suara untuk menyediakan seting mel suara atau perubahan untuk mel suara anda dalam Outlook Web App.

Tab Telefon Mudah Alih

Gunakan tab Telefon Mudah Alih untuk melihat butiran mengenai telefon mudah alih atau telefon yang manyambung kepada akaun anda.

Tab Pemesejan Teks

Gunakan tab Pemesejan Teks untuk menyediakan telefon mudah alih anda untuk menghantar dan menerima mesej teks melalui Outlook Web App.

Halang atau Benar

 

Tab Perihalan

Seting E-Mel Sarap

Gunakan tab Halang atau Benarkan untuk menguruskan senarai penghantar selamat, penerima selamat dan penghantar yang disekat.

 
Topik bantuan berkaitan
Memuat...
Tiada sumber ditemui.