Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Live@edu
Topik terakhir diubah suai: 2011-12-19
Ciri pematihan bagi Exchange Online membantu organisasi anda memenuhi keperluan pematuhan undang-undang, peraturan, dan organisasi dalam cara-cara berikut:
- Mengekalkan Mengelakkan pemadaman mesej untuk mematuhi keperluan pengekalan data atau keperluan undang-undang.
- Cari Menggelintar item relevan yang berkaitan dengan kes undang-undang khusus atau permintaan daripada autoriti kawal selia.
- Kawal Kawal aliran mesej dan laksanakan peraturan boleh diambil tindakan berdasarkan pada kandungan mesej, atau siapa yang menghantar dan menerima mesej.
- Lindungi Enkripsikan kandungan dan kuat kuasakan dasar yang digunakan pada penggunaan e-mel.
Mari lihat dari lebih dekat:
- Ciri pematuhan dalam Exchange Online
- Senario pematuhan umum yang disokong oleh Exchange Online
- Ketersediaan ciri pematuhan
- Pengurusan rekod pemesejan (MRM) MRM membantu organisasi anda untuk mengelakkan penghapusan kekal mesej e-mel dan kandungan pemesejan lain, yang dihapuskan oleh pengguna atau dasar pemesejan, diperlukan untuk mematuhi dasar syarikat, kawal selia kerajaan atau keperluan undang-undang.MRM juga membenarkan anda mengalih keluar kandungan pemesejan lama yang tidak mempunyai nilai undang-undang atau perniagaan.MRM menggunakan dasar pengekalan dan tag pengekalan untuk mengawal tempoh masa untuk menyimpan item dalam peti mel pengguna dan menentukan tindakan untuk diambil pada item yang telah mencapai umur tertentu.
Lihat Sediakan dan Uruskan Dasar Pengekalan dalam Exchange Online.
- Penemuan Penemuan menggunakan Gelintar Berbilang-Peti Mel, alat berdasarkan GUI yang membenarkan profesional undang-undang dan sumber manual dan pengurus penemuan lain untuk menggelintar peti mel utama dan arkib merentasi organisasi anda untuk mesej yang sepadan dengan kriteria yang ditentukan.Disebabkan gelintaran penemuan tidak memerlukan kebenaran pentadbiran penuh, anda boleh menugaskan pengguna biasa kebenaran yan diperlukan untuk menggelintar peti mel dan hadkan skop peti mel yang boleh digelintar oleh pengguna.Hasil gelintaran berbilang peti mel boleh dicetak atau dieksport kepada fail .PST menggunakan Microsoft Outlook.
Lihat Gelintar Peti Mel Berbilang.
- Arkib peribadi Anda boleh mencipta peti mel arkib, yang dipanggil arkib peribadi, untuk peti mel berasaskan awan utama pengguna.Pengguna boleh menggunakan peti mel arkib untuk menyimpan sejarah data pemesejan dengan memindahkan atau menyalin mesej daripada peti mel utama mereka ke peti mel arkib mereka.Pentadbir dan pengguna boleh menggunakan ciri MRM untuk mengalihkan mesej yang mencapai usia tertentu ke peti mel arkib secara automatik.Disebabkan item dalam peti mel arkib pengguna diindeks, peti mel arkib disertakan dalam gelintaran berbilang peti mel.
Lihat Dayakan Peti Mel Arkib.
- Penahanan litigasi Anda boleh melakukan penahanan litigasi, turut dikenali sebagai penahanan undang-undang, pada peti mel untuk mengekalkan mesej e-mel dan item mel lain untuk tempoh yang dilanjutkan.Penahanan litigasi juga mengelakkan item daripada dipadam secara kekal.Apabila peti mel pengguna diletakkan dalam penahanan litigasi, pengguna boleh menghapuskan item daripada peti mel mereka, tetapi item disimpan pada pelayan dalam pusat data Microsoft.Penahanan litigasi juga mengekalkan sejarah versi untuk item yang telah diubah suai.
Lihat Letakkan Peti Mel pada Penahanan Litigasi.
- Pengurusan hak maklumat (IRM) IRM menyediakan perlindungan dalam talian dan luar talian bagi mesej e-mel dan lampiran yang disokong.Perlindungan IRM boleh digunakan oleh pengguna dalam Outlook atau Outlook Web App dan ia boleh digunakan oleh pentadbir menggunakan perlindungan pengangkutan dan peraturan perlindungan Outlook.IRM membantu pentadbir dan pengguna mengawal siapa yang boleh mengakses, memajukan, mencetak atau menyalin data sensitif dalam mesej e-mel.Ambil perhatian bahawa IRM memerlukan bahawa anda mempunyai pelayan Perkhidmatan Pengurusan Hak Direktori Aktif (AD RMS) yang digunakan dalam organisasi di premis anda.
Lihat Sediakan dan Uruskan Pengurusan Hak Maklumat dalam Exchange Online.
Nota Untuk senarai jenis lampiran fail yang dibenarkan dan disekat dalam Outlook Web App, lihat seksyen “Seting fail dan lampiran” dalam Dasar Peti Mel Outlook Web App | Seting Tersedia.
- Peraturan pengangkutan dan peraturan perlindungan pengangkutan Peraturan pengangkutan membenarkan anda mengawal aliran dan menggunakan dasar pemesejan pada mesej e-mel yang dihantar dalam organisasi anda dan dihantar kepada dan luar organisasi anda.Menggunakan peraturan pengangkutan pentadbir boleh menentukan atribut mesej tertentu, atau keadaan dan tindakan untuk digunakan pada sebarang mesej yang mengandungi atribut tersebut.Contohnya, anda boleh menggunakan peraturan pengangkutan yang ditambah pada penafian untuk mesej yang dihantar ke luar organisasi anda atau menghalang komunikasi e-mel antara sekumpulan pengguna khusus.
Peraturan perlindungan pengangkutan membenarkan anda menggunakan peraturan pengangkutan untuk melindungan IRM mesej dengan menggunakan templat dasar hak AD RMS.
Lihat Peraturan Meluas Organisasi.
Microsoft Live@edu Outlook Live untuk Live@edu juga menyediakakan dasar penyeliaan untuk membantu sekolah menawal siapa yang boleh menghantar dan menerima e-mel daripada pengguna dalam institusi mereka.Lihat Dasar Pengawasan.
- Jurnal Jurnal boleh membantu organisasi anda membalas kepada keperluan pematuhan undang-undang, peraturan, dan organisasi dengan merakam komunikasi e-mel masuk dan keluar.Peraturan jurnal digunakan untuk merekod, atau "jurnal", mesej e-mel yang dihantar ke atau daripada penerima tertentu.Apabila mesej sepadan dengan kriteria yang ditentukan oleh peraturan jurnal, laporan jurnal yang mengandungi mesej asal dijana dan dihantar ke peti mel jurnal.
Lihat Peraturan Jurnal.
- Log audit Log Audit adalah alat berdasarkan GUI yang membantu organisasi anda menjejak akses tidak sah kepada peti mel pengguna, mengenal pasti peti mel yang dalam tahanan litigasi dan mengenal pasti sebarang perubahan pada kumpulan peranan pentadbir.Anda juga boleh mengeksport log audit pentadbir yang mengenal pasti sebarang tindakan yang dijalankan oleh pentadbir.
Lihat Gunakan Laporan Pengauditan dalam Exchange Online.
Mari kita lihat pada beberapa daripada senario pematuhan paling biasa yang disokong dalam Exchange Online.
Untuk menggunakan dan menguruskan strategi arkib untuk organisasi anda, anda boleh mendayakan peti mel arkib untuk setiap pengguna.Ini memberi pentadbir dan pengguna dengan arkib tunggal, disatukan untuk mengurus data sejarah.Teknologi MRM mengalihkan item secara automatik ke dalam peti mel arkib pengguna dan Gelintar Berbilang Peti Mel menggelintar peti mel arkib untuk item yang mencapai kriteria gelintaran.Lihat Dayakan Peti Mel Arkib.
Untuk membantu organisasi mencapai keperluan perniagaan, undang-undang atau kawal selia, dasar pengekalan lalai digunakan pada semua peti mel Exchange Online.Dasar pengekalan ini menggunakan seting pengekalan pada folder mel lalai berikut dalam peti mel pengguna:
- Item Dihapus Digunakan pada mesej dalam folder Item Dihapuskan.Tiga puluh hari pengguna menghapuskan mesej, mesej dihapuskan secara kekal dan dialihke ke dalam folder Item Boleh Dipulihkan, juga dipanggil dumpster.Pengguna boleh memulihkan item dalam folder Item Boleh Dipulihkan menggunakan ciri Pulihkan Item Dihapuskan dalam Outlook atau Outlook Web App.
- E-mel Sarap Digunakan pada mesej dalam folder E-mel Sarap.Tiga puluh hari selepas mesej e-mel sarap dialihkan atau dihantar ke folder E-mel Sarap pengguna, mesej dihapuskan secara kekal dan dialihke ke dalam folder Item Boleh Dipulihkan.
- Item Boleh Dipulihkan Digunakan pada mesej dalam folder Item Boleh Dipulihkan.Empat belas hari selepas mesej dialihkan ke folder Item Boleh Dipulihkan, ia dialihkan ke folder Item Boleh Dipulihkan dalam peti mel arkib pengguna.Pada masa ini, hanya pentadbir boleh memulihkan item menggunakan pemulihan item tunggal dalam Exchange Online.Jika pengguna tidak mempunyai peti mel arkib, tiada tindakan diambil dan item kekal dalam folder Item Pemulihan dalam peti mel utama pengguna.
Nota Pengguna boleh mengalih keluar, atau membuang, item daripada folder Item Boleh Dipulihkan menggunakan ciri Pulihkan Item Dihapuskan dalam Outlook atau Outlook Web App.Pemulihan item tunggal mengekalkan item yang dibuang untuk tambahan 14 hari; selepas 14 hari, MRM mengalihkan item yang dibuang ke folder Item Boleh Dipulihkan dalam peti mel arkib pengguna.
Semua teim lain dalam ptei mel pengguna yang tidak terjejas oleh seting pengekalan ini dialihkan ke peti mel arkib pengguna selepas dua tahun.Exchange Online juga menyediakan tag pengekalan peribadi yang boleh digunakan pengguna pada folder dan item individu dalam peti mel mereka.Lihat yang berikut:
Untuk mematuhi permintaan penemuan undang-undang, organisasi boleh menggunakan ciri penemuan dalam Exchange Onlien untuk mengumpul, memproses dan menyemak mesej e-mel yang berkaitan dengan kes undang-undang.Lihat yang berikut:
- Cipta Gelintar Berbilang Peti Mel Baru
- Lihat Hasil Carian Berbilang Peti Mel
- Gunakan Outlook untuk Membuka Peti Mel Penemuan
Nota Organisasi anda perlu melaksanakan penggunaan hibrid untuk menggelintar peti mel dalam kedua-dua organisasi di premis dan berdasarkan awan anda.Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Atur Letak dan Pemindahan Hibrid Exchange dengan Office 365.
Jika organisasi dimaklumkan mengenai litigasi yang belum selesai, ia mesti mengekalkan data relevan, seperti e-mel, yang boleh digunakan sebagai bukti.Untuk mengekalkan e-mel berkaitan dengan kes undang-undang, peti mel boleh diletakkan dalam penahanan undang-undang.Kemudian, sebagai sebahagian daripada penemuan undang-undang, peti mel dalam penahanan litigasi boleh digelintar untuk mencari item berkaitan dengan kes.Apabila penahanan litigasi didayakan, ia turut digunakan pada peti mel arkib pengguna.Lihat yang berikut:
Anda boleh menugaskan ahli pasukan undang-undang anda atau kakitangan dibenarkan yang lain kebenaran yang diperlukan untuk menggunakan Panel Kawalan Exchange Control untuk memasukkan peti mel dalam tahanan litigasi.Lihat Letakkan Peti Mel pada Penahanan Litigasi.
Anda juga boleh memberi ahli pasukan undang-undang kebenaran yang diperlukan untuk menggunakan ciri Penemuan dalam Exchange Online.Ini membolehkan peguam, ahli pasukan undang-undang dan pengurus penemuan untuk menggunakan Panel Kawalan Exchange untuk menjalankan gelintaran berbilang peti mel.Lihat Berikan Pengguna Capaian ke Carian Berbilang Peti Mel.
Hasil gelintaran penemuan disalin ke peti mel penemuan.Peti Mel Gelintar Penemuan lalai dicipta untuk setiap organisasi Exchange Online.Walau bagaimanapun, pentadbir boleh mencipta peti mel gelintaran penemuan tambahan, setiap satu dengan kuota 50 GB, untuk kes undang-undang khusus atau pasukan undang-undang.Pentadbir kemudiannya boleh menugaskan kebenaran kepada pengurus penemuan untuk mengakses peti mel penemuan.Lihat yang berikut:
Organisasi anda mungkin perlu mengelakkan konflik kepentingan yang mungkin disebabkan apabila ahli jabatan berlainan, pasukan undang-undang atau sekolah mempunyai keupayaan untuk berkongsi maklumat sensitif.Untuk menangani ini, organisasi boleh menghalang kumpulan pengguna berbeza daripada bertukar e-mel.Pengehadan jenis ini kadang-kala dipanggil dinding beretika.Ini adalah beberapa contoh:
-
Firma undang-undang yang perlu mengekalkan kerahsian klien perlu mengehadkan aliran mel kepada kakitangan yang bekerja pada kes undang-undang khusus.
-
Dalam organisasi pelaburan, di mana penyelidik pasaran mungkin mempunyai maklumat sulit yang mungkin mempengaruhi broker, keperluan kawal selia seringkali menyatakan bahawa kedua-dua kumpulan mesti dihalang daripada berkomunikasi melalui sebarang cara.
-
Daerah sekolah yang ingin menghalang pelajar di sekolah berbeza daripada menggunakan akaun sekolah mereka untuk bertukar e-mel.
Lihat Gunakan Peraturan untuk Menghalang Mel Mengalir Antara Kumpulan Tertentu.
Jika pengguna dalam organisasi anda perlu menghantar mesej e-mel dengan maklumat kewangan, undan-undang, atau maklumat sulit lain kepada penerima di luar organisasi anda, anda boleh mencipta peraturan perlindungan pengangkutan yang menggunakan templat Perkhidmatan Pengurusan Hak (RMS) untuk melindungi kandungan dalam mesej e-mel.Bergantung pada seting yang anda tentukan dalam templat RMS, penerima akan dihalang daripada menjalankan tindakan seperti mengemukakan, menyalin atau mencetak mesej dilindungi IRM.Anda juga boleh menggunakan peraturan pengangkutan untuk menggunakan templat RMS pada mesej yang dihantar oleh ahli pada kumpulan edaran atau dihantar oleh ahli jabatan yang khusus.Lihat yang berikut:
Anda boleh menggunakan peraturan untuk menambah teks secara automatik, biasanya dipanggil penafian, pada mesej e-mel.Penafian biasanya digunakan untuk memberikan maklumat perundangan, maklumat pematuhan atau untuk sebab lain yang khusus bagi organisasi anda.Lihat Tambah Penafian pada Mesej.
Contohnya, anda boleh memilih untuk menggunakan penafian pada semua mesej dalam organisasi anda, atau pada mesej yang dihantar kepada penerima luaran sahaja.Sebagai contoh, anda boleh membuat peraturan yang menambah penafian ke sebarang mesej yang dihantar di luar organisasi anda.Anda juga boleh mencipta peraturan jurnal untuk mesej yang dihantar atau diterima oleh pengguna khusus atau ahli kumpulan edaran.Lihat Cipta Peraturan Jurnal.
Secara lalai, hanya pemilik peti mel boleh mengakses peti me, tetapi kebenaran untuk mengakses peti mel boleh diperuntukkan kepada pengguna lain, seperti wakil atau pentadbir.Laporan Capaian Peti Mel Bukan Pemilik dalam Panel Kawalan Exchange menyenaraikan peti mel yang telah dicapai oleh seseorang selain daripada orang yang memiliki peti mel.Lihat Jalankan Laporan Capaian Peti Mel Bukan Pemilik.
Gunakan jadual berikut untuk melihat ciri pematuhan yang tersedia dalam Exchange Online untuk Microsoft Office 365 dan Microsoft Live@edu.
| Ciri pematuhan | Office 365 untuk profesional dan perniagaan kecil | Office 365 untuk syarikat | Live@edu |
|---|---|---|---|
| Arkib peribadi | Ya (Jumlah saiz tergabung 25 GB untuk peti mel utama dan arkib) | Ya (Jumlah saiz tergabung 25 GB untuk peti mel utama dan arkib); Kuota lalai 100 GB untuk langganan Exchange Online (Pelan 2) atau lebih tinggi | Tidak |
| Pengurusan rekod pemesejan | Ya | Ya | Ya |
| Penahanan litigasi | Tidak | Ya; memerlukan langganan Exchange Online (Pelan 2) atau lebih tinggi | Tidak |
| Gelintar Peti Mel Berbilang | Tidak | Ya | Ya |
| Pengurusan hak maklumat | Tidak | Ya | Tidak |
| Peraturan pengangkutan | Tidak | Ya | Ya |
| Jurnal | Tidak | Ya | Ya |
| Log audit | Ya | Ya | Ya |
