Menyediakan Windows Live Mail 2011 untuk Akaun E-Mel Anda

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2014-01-07

Anda boleh menyambungkan Windows Live Mail 2011 ke akaun e-mel anda menggunakan kesambungan POP3 atau IMAP4. Windows Live Mail 2011 ialah program e-mel yang disertakan bersama Windows Live Essentials 2011.

Jika anda menggunakan Windows Live Mail versi 2009, lihat Menyediakan Windows Live Mail Versi 2009 untuk Akaun E-mel Anda.

Bagaimanakah saya menyediakan Windows Live Mail 2011 untuk capaian ke akaun e-mel saya?

  1. Mulakan halaman Windows Live Mail 2011. Jika halaman Tambah akaun e-mel anda dipaparkan apabila anda memulakan Windows Live Mail, pergi ke langkah 2. Jika halaman Tambah akaun e-mel anda tidak dipaparkan apabila anda membuka program pada kali pertama, klik E-mel di atas Akaun Baru pada tab Akaun.

  2. Pada halaman Tambah akaun e-mel anda, lakukan perkara berikut:

    1. Dalam kotak Alamat e-mel, masukkan alamat e-mel yang diberikan kepada anda oleh individu yang menguruskan akaun e-mel anda. Contohnya, masukkan tony@contoso.com.

    2. Dalam kotak Kata Laluan, masukkan alamat e-mel yang diberikan kepada anda oleh individu yang menguruskan akaun e-mel anda. Jika anda ingin Windows Live Mel mengingati kata laluan anda, pilih kotak semak di sebelah Ingat kata laluan ini.

    3. Dalam kotak Nama paparan untuk mesej hantar anda, masukkan nama yang ingin dilihat oleh pengguna apabila anda menghantar e-mel.

    4. Klik Berikut.

  3. Pada halaman Konfigurasikan seting pelayan, di bawah Maklumat pelayan masuk, lakukan perkara berikut:

    1. Di bawah Jenis pelayan pada menu juntai bawah, pilih IMAP atau POP. IMAP menyokong lebih banyak ciri.

    2. Di bawah Alamat pelayan, masukkan nama pelayan POP3 atau IMAP4 yang diberikan kepada anda oleh individu yang menguruskan akaun e-mel anda. Anda boleh mencari seting pelayan anda. Untuk mendapatkan maklumat mengenai cara untuk mencari pelayan masuk (POP3 atau IMAP4) anda, lihat Bagaimanakah saya mencari seting pelayan? dalam topik ini kemudian.

    3. Pilih Memerlukan sambungan selamat (SSL).

    4. Di bawah Nama pengguna log masuk, masukkan alamat e-mel anda yang lengkap (contohnya, tonysmith@contoso.com).

  4. Di bawah Maklumat pelayan keluar, lakukan perkara berikut:

    1. Di bawah Pelayan keluar, masukkan nama pelayan SMTP yang diberikan kepada anda oleh individu yang menguruskan akaun e-mel anda. Anda boleh mencari seting pelayan anda. Untuk mendapatkan maklumat mengenai cara untuk mencari nama pelayan (SMTP) keluar anda, lihat Bagaimanakah saya mencari seting pelayan? dalam topik ini kemudian.

    2. Pilih kotak semak di sebelah Memerlukan sambungan selamat (SSL).

    3. Pilih kotak semak di sebelah Memerlukan pengesahan, kemudian klik Berikut.

  5. Pada halaman Akaun e-mel anda telah ditambah, klik Selesai.

  6. Pada halaman Akaun , klik Tutup.

Bagaimanakah saya mencari seting pelayan?

Sebelum anda menyediakan program e-mel POP3 atau IMAP4, anda perlu mencari seting pelayan POP3, IMAP4 dan SMTP anda.

Tontoni video ini untuk mengetahui cara mencari seting pelayan anda bagi program e-mel POP atau IMAP anda.

4873755a-8b1e-497e-bc54-101d1e75d3e7

Untuk mencari seting pelayan anda, daftar masuk ke akaun e-mel anda menggunakan Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk, klik Opsyen > Lihat Semua Opsyen > Akaun > Akaun Saya > Seting bagi capaian POP, IMAP dan SMTP. Nama pelayan POP3, IMAP4 dan SMTP serta seting lain yang mungkin anda perlu masukkan telah disenaraikan pada halaman Seting Protokol di bawah Seting POP atau Seting IMAP dan Seting SMTP.

noteNota:
Jika anda melihat Tidak tersedia di sebelah Seting POP, Seting IMAP dan Seting SMTP, akaun anda mungkin tidak disediakan untuk menggunakan program e-mel POP atau IMAP. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi individu yang menguruskan akaun e-mel anda.

Apa lagi yang saya perlu tahu?

  • Jika anda tidak tahu sama ada untuk menggunakan POP3 atau IMAP4, pertimbangkan untuk menggunakan IMAP4 kerana ia menyokong lebih banyak ciri.

  • Jika akaun e-mel anda ialah jenis yang memerlukan pendaftaran, anda mesti mendaftarkannya pada kalu pertama anda mendaftar masuk ke Outlook Web App. Tindakan menyambung ke akaun e-mel anda melalui POP3 atau IMAP4 akan gagal jika anda belum mendaftarkan akaun anda melalui Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk ke akaun anda, daftar keluar. Kemudian, cuba sambung menggunakan program POP3 atau IMAP4 anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mendaftar masuk ke akaun anda menggunakan Outlook Web App, lihat Cara untuk Mendaftar Masuk ke E-mel Anda Menggunakan Pelayar Web. Jika anda mengalami masalah mendaftar masuk, sila lihat Soalan Lazim: Isu Daftar Masuk dan Kata Laluan atau hubungi individu yang menguruskan akaun e-mel anda.

  • Jika Windows Live Mail tidak menyambung selepas anda mengikuti prosedur ini, anda mungkin perlu mengesahkan bahawa anda menggunakan seting pengesahan yang betul. Anda boleh menyemak ini dengan melakukan perkara berikut:

    1. Dalam Windows Live Mail, pilih akaun e-mel anda.

    2. Pada tab Akaun , klik Sifat.

    3. Pada halaman Sifat akaun anda, pada tab Pelayan, pastikan kotak semak Log masuk menggunakan pengesahan teks jelas dipilih.

  • Jika anda menggunakan IMAP4, Windows Live Mail akan sentiasa menyimpan satu salinan mesej pada pelayan selepas anda memuat turun satu salinan ke komputer setempat anda. Jika anda menggunakan POP3, Windows Live Mail akan menyimpan satu salinan mesej pada pelayan secara lalai. Jika anda menggunakan POP3, anda boleh menyediakan Windows Live Mail untuk mengalih keluar salinan mesej dari pelayan apabila anda memuat turunnya kepada komputer tempatan anda. Anda digalakkan untuk menyimpan salinan mesej anda pada pelayan agar anda boleh mencapai mesej anda daripada program e-mel yang berbeza. Jika anda menggunakan POP3, anda boleh menyediakan Windows Live Mail untuk mengalih keluar salinan daripada pelayan. Untuk berbuat sedemikian, ikuti langkah ini:

    1. Dalam Windows Live Mail, pilih akaun e-mel anda.

    2. Pada tab Akaun , klik Sifat.

    3. Pada halaman Sifat akaun anda, pada tab Lanjutan, di bawah Penghantaran, pastikan Simpan satu salinan mesej pada pelayan tidak dipilih.

Bagaimana jika saya ingin mengetahui lebih lanjut?

 
Topik bantuan berkaitan
Memuat...
Tiada sumber ditemui.