Gelintar dan Hapuskan Mesej dari Peti Mel Pengguna

[Topik ini sedang dijalankan.]  

Digunakan bagi: Office 365 for enterprises, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2011-11-23

Dari semasa ke semasa, pentadbir perlu menggelintar dan menghapuskan mesej e-mel yang tidak sesuai atau berpotensi berbahaya yang dihantar ke berbilang peti mel merentasi organisasi mereka. Contohnya, mesej e-mel boleh mengandungi virus atau pautan untuk memuat turun virus, kandungan tidak sesuai, seperti bahan berkaitan dengan orang dewasa, atau maklumat sulit yang dihantar secara tidak sengaja kepada orang yang salah.

Anda tidak boleh menggunakan Gelintaran Berbilang Peti Mel dalam Panel Kawalan Exchange untuk tujuan ini, tetapi, dalam Windows PowerShell, anda boleh melakukannya menggunakan cmdlet Search-Mailbox dengan parameter tukar DeleteContent.

Penting   Apabila anda menggunakan cmdlet Search-Mailbox dengan parameter DeleteContent, mesej dihapuskan secara kekal daripada peti mel pengguna dan tidak boleh dipulihkan.

Sebelum anda bermula

UNRESOLVED_TOKEN_VAL(<rte:TA_RPSBeforeYouBegin>)

Peruntukan peranan RBAC yang diperlukan

Anda mesti diperuntukkan peranan yang berikut untuk menggelintar dan menghapuskan mesej dalam peti mel pengguna:

  • Gelintar Peti Mel   Peranan ini membenarkan anda menggelintar mesej merentasi berbilang peti mel dalam organisasi anda. Pentadbir tidak diperuntukkan peranan ini secara lalai. Untuk menggelintar berbilang peti mel, tambah diri anda sebagai ahli kumpulan peranan Pengurusan Penemuan. Lihat Tambah atau Alihkan Ahli Kumoulan Peranan.

  • Import Eksport Peti Mel   Peranan ini membenarkan anda menghapuskan mesej daripada peti mel pengguna. Peranan ini tidak diperuntukkan kepada pentadbir secara lalai. Untuk menghapuskan mesej daripada peti mel pengguna, tambah peranan Import Eksport Peti Mel pada kumpulan peranan Pengurusan Organisasi. Lihat Edit Sifat Kumpulan Peranan.

Kumpulkan maklumat untuk pertanyaan gelintar

Anda perlu mendapatkan dan menyemak beberapa salinan mesej yang dijangkiti atau tidak sesuai supaya anda boleh mencipta pertanyaan gelintar yang akan menemuinya.

Bahagian atas halaman

Opsyen gelintar dan hapus

Anda boleh menggunakan cmdlet Search-Mailbox dengan parameter DeleteContent untuk menggelintar dan menghapuskan mesej dalam satu langkah. Walau bagaimanapun, apabila anda melakukan ini, anda tidak boleh pratonton hasil gelintaran atau menjana log yang merekodkan mesej yang mana dikembalikan oleh gelintaran. Ini bermaksud anda tidak akan tahu mesej yang mana dihapuskan.

Opsyen yang lebih baik adalah untuk menjalankan cmdlet Search-Mailbox dengan parameter LogOnly terlebih dahulu. Perintah ini menjana log yang mengandungi maklumat mengenai semua hasil yang memenuhi kriteria gelintaran tetapi ia tidak menghapuskan mesej tersebut. Maklumat ini disediakan dalam fail nilai dipisahkan koma (CSV) yang dilampirkan pada mesej e-mel yang dihantar ke peti mel dan folder yang anda tentukan dengan menggunakan TargetMailbox dan parameter TargetFolder dengan cmdlet Search-Mailbox. Selepas anda menilai log, anda boleh memperhaluskan kriteria gelintaran dan menjalankan semula gelintaran log sahaja bila perlu, atau menjalankan gelintaran dengan parameter DeleteContent.

Pilihan ketiga adalah untuk menyalin dahulu mesej yang menjengkelkan itu sebelum anda menghapuskannya daripada peti mel pengguna supaya anda boleh mengaksesnya nanti jika perlu. Lakukan ini dengan menyertakan parameter TargetMailbox dan TargetFolder dalam perintah yang anda jalankan untuk menghapuskan mesej.

Bahagian atas halaman

Gelintar untuk mesej dan rekodkan hasilkan gelintaran

Mari lihat beberapa contoh mengenai apa yang boleh anda lakukan dengan cmdlet Search-Mailbox. Untuk senarai sifat mesej yang anda boleh sertakan dalam nilai untuk parameter SearchQuery, lihat Sifat mesej e-mel untuk digelintar.

Gelintar peti mel tunggal

Perintah yang berikut menggelintar peti mel khusus dalam organisasi anda untuk mesej dengan nilai khusus dalam baris Perkara dan kemudian menghantar mesej degan hasil ke peti mel sasaran. Mesej tidak dihapuskan daripada peti mel yang digelintar.

Search-Mailbox -Identity <name> -SearchQuery subject:"<verbatim subject line>" -TargetMailbox <name of mailbox> -TargetFolder <name of folder> -LogOnly -LogLevel Full

Contoh   Perintah yang berikut menggelintar peti mel Pilar Pinilla untuk mesej yang mempunyai frasa Muat turun fail ini dalam baris Perkara dan merekodkan hasil gelintaran dalam folder SearchLogs dalam peti mel pentadbir.

Search-Mailbox -Identity "Pillar Pinilla" -SearchQuery subject:"Download this file" -TargetMailbox Administrator -TargetFolder SearchLogs -LogOnly -LogLevel Full
Gelintar semua peti mel

Perintah yang berikut menggelintar semua peti mel dalam organisasi anda untuk mesej yang mempunyai fail khusus dilampirkan dan kemudian menghantar mesej dengan hasil ke peti mel sasaran. Mesej tidak dihapuskan daripada peti mel yang digelintar.

Get-Mailbox -ResultSize unlimited | Search-Mailbox -SearchQuery attachment:<filename> -TargetMailbox <name of mailbox> -TargetFolder <name of folder> -LogOnly -LogLevel Full

Contoh   Perintah yang berikut menggelintar semua peti mel untuk mesej yang mempunyai sebarang jenis fail yang dilampirkan bernama Trojan dan menghantar mesej log ke peti mel pentadbir.

Get-Mailbox -ResultSize unlimited | Search-Mailbox -SearchQuery attachment:trojan* -TargetMailbox Administrator -TargetFolder SearchLogs -LogOnly -LogLevel Full

Bahagian atas halaman

Gelintar dan hapuskan mesej

Perintah yang berikut menggelintar semua peti mel dan menghapuskan sebarang mesej yang mempunyai teks khusus dalam baris Perkara:

Get-Mailbox -ResultSize unlimited | Search-Mailbox -SearchQuery subject:<verbatim subject line> -DeleteContent

Contoh   Perintah yang berikut menggelintar semua peti mel untuk mesej dengan baris Perkara Muat turun fail ini, dan kemudian memadamnya secara kekal.

Get-Mailbox -ResultSize unlimited | Search-Mailbox -SearchQuery subject:"Download this file" -DeleteContent

Penting   Sebelum anda menghapuskan mesej secara kekal, kami mengesyorkan bahawa anda sama ada menggunakan parameter LogOnly untuk menjana log bagi mesej yang ditemui dalam gelintaran sebelum ia dihapuskan, atau salin mesej ke peti mel lain sebelum menghapuskannya daripada peti mel sumber.

Salin mesej sebelum menghapuskannya

Perintah yang berikut menggelintar semua peti mel untuk sebarang organisasi yang mempunyai teks khusus dalam baris Perkara, menyalin hasil gelintaran sebenar ke folder dan kemudian menghapuskan semua mesej yang memenuhi kriteria gelintaran.

Get-Mailbox -ResultSize unlimited | Search-Mailbox -SearchQuery subject:<verbatim subject line> -TargetMailbox <name of mailbox> -TargetFolder <name of folder> -DeleteContent

Contoh   Perintah yang berikut menggelintar semua peti mel untuk mesej dengan baris perkara Muat turun fail ini, menyalin hasil gelintaran ke folder DeletedMessages dalam peti mel pentadbir dan kemudian menghapuskan secara kekal mesej daripada peti mel pengguna.

Get-Mailbox -ResultSize unlimited | Search-Mailbox -SearchQuery subject:"Download this file" -TargetMailbox Administrator -TargetFolder DeletedMessages -DeleteContent

Bahagian atas halaman

Sifat mesej e-mel untuk digelintar

Jadual berikut menyenaraikan sifat mesej biasa yang boleh anda masukkan dalam nilai untuk parameter SearchQuery.

 

Sifat Contoh Hasil gelintaran

Lampiran

attachment:annualreport.ppt

Mesej yang mempunyai lampiran yang dinamakan annualreport.ppt. Penggunaan attachment:annualreport atau attachment:annual* mengembalikan hasil yang sama seperti menggunakan nama penuh lampiran.

Sk

sk:"gurinder singh"

sk:gurinders

sk: gurinders@fineartschool.edu

Mesej dengan Gurinder Singh dalam medan Sk

Daripada

daripada:"Max Stevens"

daripada:maxs

daripada:maxs@contoso.com

Mesej dihantar oleh Max Stevens

Dihantar

dihantar:10/19/2010

Mesej yang dihantar pada 19 Oktober, 2010

Subjek

subjek:"Kewangan Sukuan"

Mesej yang mengandungi frasa tepat "Kewangan Sukuan" dalam baris subjek

Kepada

kepada:"Judy Lew"

kepada:judyl

kepada:judyl@contoso.com

Mesej dihantar kepada Judy Lew

 
Topik bantuan berkaitan
Memuat...
Tiada sumber ditemui.