Gunakan Outlook untuk Menggerakkan Data Antara Akaun

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2010-09-13

Jika anda boleh menggunakan Outlook 2007 atau Outlook 2010 untuk mencapai akaun anda, anda boleh menggerakkan e-mel, kenalan, tugasan, dan maklumat kalendar daripada akaun lain yang anda capai menggunakan Outlook pada akaun itu. Anda melakukannya dengan menyandarkan data dalam satu akaun pada Folder Perbadi fail (.pst) dan mengimportnya ke akaun yang lain.

Bagaimana saya membuat sandaran data Outlook untuk mengalihkannya ke akaun lain?

  1. Dalam Outlook, klik Fail > Import dan Eksport.

  2. Dalam kotak dialog Wizard Import dan Eksport, lakukan yang berikut:

    1. Di bawah Pilih tindakan untuk dilakukan, pilih Eksport kepada fail, dan kemudian klik Seterusnya.

    2. Pada halaman Eksport kepada Fail, pilih Fail Folder Peribadi (.pst), dan kemudian klik Seterusnya.

    3. Pada halaman Eksport Folder Peribadi, di bawah Pilih folder untuk dieksport,pilih Peti Mel -<user name>. Pilih kotak semak Masukkan subfolder, dan kemudian klik Seterusnya.

    4. Pada halaman Eksport Folder Peribadi, dalam kotak Simpan fail yang dieksport sebagai, ambil tahu lokasi di mana fail sandaran .pst akan dicipta. Secara lalai, ia adalah C:\Users\<user name>\AppData\Local\Microsoft\Outlook\backup.pst. Di bawah Opsyen, pilih Gantikan pendua dengan item yang dieksport, dan kemudian klik Selesai.

    5. Pada halaman Cipta Folder Peribadi Microsoft, klik OK untuk mencipta fail .pst. Jika anda mahu, setkan kata laluan untuk melindungi fail .pst yang akan dinamakan sandaran .pst. Kata laluan tidak diperlukan.

Bagaimana saya mengalihkan data ke akaun lain?

  1. Sambung ke akaun yang anda hendak alihkan data menggunakan Outlook 2007 atau Outlook 2010. Untuk maklumat lanjut, lihat Sambungkan Outlook kepada Akaun Ini

  2. Dalam Outlook, klik Fail, dan kemudian klik Import dan Eksport.

  3. Dalam kotak adialog Wizard Import dan Eksport:

    1. Di bawah Pilih tindakan untuk dilakukan, pilih Import daripada atur cara atau fail lain, dan kemudian klik Seterusnya.

    2. Pada halaman Import Fail, pilih Fail Folder Peribadi (.pst), dan kemudian klik Seterusnya.

    3. Dalam Import Folder Peribadi, di bawah Fail untuk diimport, cari fail sandaran .pst yang anda telah cipta. Di bawah Opsyen, pilih Gantikan pendua dengan item yang diimport, dan kemudian klik Seterusnya.

    4. Dalam Import Folder Peribadi, di bawah Pilih folder untuk mengimport daripada, pilih nod atas. Pilih Masukkan subfolder, pilih Import item ke dalam folder yang sama dalam, dan kemudian pilih nod atas peti mel anda (Peti Mel - <user name>). Klik Selesai.

    Selepas anda mengklik Selesai, Outlook akan mengimport kandungan bagi fail sandaran .pst ke dalam stor data Outlook tempatan pada komputer anda. Selepas data disalin ke simpanan data setempat, Outlook akan memuat naik data ke dalam peti mel anda. Jika anda mempunyai banyak data dalam peti mel anda, ini mungkin mengambil masa beberapa jam. Pastikan anda tidak mematikan Outlook, dan pastikan anda disambung ke akaun destinasi semasa muat naik berlaku.

Apa lagi yang perlu saya tahu?

  • Bergantung pada seting pada akaun anda, anda mungkin tidak dapat mengimport kenalan melalui Outlook Web App. Untuk maklumat lanjut, lihat Import Orang Hubungan

 
Topik bantuan berkaitan
Memuat...
Tiada sumber ditemui.