Penapisan Spam dan Kebersihan Mesej

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2012-12-04

Semua versi perkhidmatan e-mel berasaskan awan Microsoft menggunakan Forefront Online Protection for Exchange (FOPE) untuk menentang penipuan dan pemalsuan. Apabila mesej diterima di pelayan get laluan perkhidmatan e-mel berasaskan awan, ia dinilai dan diperuntukkan nilai tahap keyakinan spam (SCL). Taraf SCL yang diletakkan pada mesej menunjukkan kebarangkalian bahawa mesej tersebut adalah spam berdasarkan kandungan, pengepala mesej dan sebagainya. SCL ditambah pada metadata mesej semasa mesej bergerak menerusi infrastruktur perkhidmatan e-mel berasaskan awan.

Nilai SCL adalah satu nombor antara 0 hingga 9. Penarafan lebih tinggi menunjukkan kebarangkalian mesej tersebut adalah spam. Infrastruktur perkhidmatan e-mel berasaskan awan telah menetapkan ambang SCL yang mentakrifkan tindakan yang diambil pada nilai SCL tertentu.

 

Nilai ambang SCL

Tindakan

SCL adalah 5 atau lebih besar.

Mesej dihantar kepada perkhidmatan e-mel berasaskan awan, di mana ia dihantar kepada folder E-mel Sarap pengguna.

SCL adalah 4 atau lebih kecil.

Mesej dihantar kepada perkhidmatan e-mel berasaskan awan, di mana ia dihantar kepada Peti Masuk Pengguna.

Pengguna akhir boleh konfigurasi senarai Pengirim Selamat, e-mel yang tidak sepatutnya dianggap spam, dan Pengirim Yang Dihalang, e-mel selalu dianggap sebagai spam.

Penapisan spam diuruskan pengguna

Secara lalai, penapisan e-mel sarap didayakan pada semua peti mel dalam perkhidmatan e-mel berasaskan awan. Pengguna boleh menguruskan sesetengah seting spam untuk peti mel mereka sendiri. Untuk maklumat lanjut mengenai cara pengguna boleh menguruskan spam, lihat Seting E-Mel Sarap.

Mesej diuruskan pentadbir kebersihan dengan FOPE

Walaupun semua sistem e-mel berasaskan awan Microsoft dilindungi oleh infrastruktur FOPE, keupayaan menguruskan ciri kebersihan mesej dengan Pusat Pentadbir FOPE dihadkan kepada Microsoft Office 365 untuk perusahaan dan pentadbir Live@edu.

Jadual berikut menerangkan ciri kebersihan mesej yang boleh anda uruskan dalam Pusat Pentadbiran FOPE.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk mengurus ciri ini untuk Microsoft Office 365 untuk perusahaan, lihat FOPE in Office 365 Feature Differences.

 

Kawasan

Perihalan

Perlindungan anti-spam

Sambungan penapisan menggunakan senarai sekat berasaskan Microsoft DNS.

Perlindungan anti-spam

Penapisan kandungan daripada pasukan analisis spam Microsoft untuk kemas kini SPAM masa nyata

Perlindungan anti-spam

Sokongan pengirim selamat

AntiVirus

Pengimbasan enjin antivirus berbilang pada laluan get FOPE

Kawalan mel dalam

Senarai selamat, langkau senarai

Kawalan mel dalam

Tatarajah penyulitan dan penguatkuasaan TLS

Kawalan mel dalam

Sambungan, kandungan dan penapisan dasar

Kawalan mel keluar

Penghalaan SMTP luar lazim

Kawalan mel keluar

Tatarajah penyulitan dan penguatkuasaan TLS

Proses penapisan spam

Dua jenis penapisan spam digunakan sebelum e-mel dihantar ke penerima peti mel berasaskan awan:

  • Penapisan sambungan   Bilangan mesej yang dihantar daripada alamat IP tunggal di kawal. Sambungan daripada alamat IP tunggal yang menghantar bialngan besar e-mel ke satu atau lebih banyak penerima dalam domain anda disyaki menghantar spam.

  • Penapisan kandungan   Subjek dan isi mesej disemak untuk kata laluan dan frasa yang mungkin menunjukkan mesej itu adalah spam.

Mesej yang memenuhi kriteria penapisan boleh dihalang atau dihantar ke folder E-mel Sarap pengguna. Anda juga boleh menggunakan peraturan organisasi meluas untuk mengawal aliran mesej e-mel dalam organisasi anda. Sebagai contoh, peraturan mungkin menolak semua e-mel yang mengandungi kata laluan khusus atau daripada sumber khusus.

Mesej kecemasan dan penyiaran

Dalam situasi kecemasan, organisasi anda mungkin perlu menghantar mesej penyiaran kepada semua pengguna dalam perkhidmatan e-mel berasaskan awan. Sesetengah organisasi menggunakan khidmat pemberitahuan kecemasan pihak ketiga untuk melakukan ini.

Untuk memastikan bahawa mesej ini tidak dilayan sebagai spam oleh FOPE dan semua pengguna anda menerima mesej ini secepat mungkin, ambil langkah berjaga-jaga berikut:

Jika anda menghantar mesej penyiaran kepada sebilangan besar pengguna pada satu masa, ingat bahawa hanya 100 mesej diterima untuk setiap sambungan. Jika lebih daripada 100 mesej digilirkan untuk penghantaran ke perkhidmatan e-mel berasaskan awan, sambungan diputuskan selepas 100 mesej dan pelayan e-mel di premis anda perlu memulakan semula sambungan untuk menghantar kumpulan 100 mesej seterusnya. Oleh sebab itu, anda mesti mencipta rancangan mesej penyiaran kecemasan yang membenarkan anda menghantar e-mel dengan pantas kepada semua pengguna tanpa melebihi had 100 mesej setiap sambungan. Cara terbaik untuk melakukan ini adalah dengan menggunakan kumpulan pengedaran atau kumpulan pengedaran dinamik untuk mengurangkan jumlah mesej yang dihantar pada satu-satu masa. Kumpulan dilayan sebagai penerima tunggal untuk pengehadan penghantaran e-mel. Untuk maklumat lanjut, lihat Hantar Mesej Penyiaran kepada Semua Pengguna.

Jika anda menggunakan khidmat pemberitahuan kecemasan pihak ketiga untuk menyiarkan mesej kecemasan kepada pengguna anda, hubungi wakil perkhidmatan e-mel berasaskan awan untuk mengesahkan bahawa khidmat tersebut mematuhi Windows Live.

 
Topik bantuan berkaitan
Memuat...
Tiada sumber ditemui.