Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Live@edu
Topik terakhir diubah suai: 2010-05-18
Sebelum anda boleh menggunakan Windows PowerShell, pastikan anda mempunyai versi yang betul bagi Windows PowerShell dan Windows Remote Management (WinRM) yang dipasang dan dikonfigurasi pada komputer anda. Anda perlu menggunakan Windows Management Framework, yang mengandungi versi Windows PowerShell v2 dan WinRM 2.0 yang betul.
Jika komputer anda menjalankan Windows 7 atau Windows Server 2008 R2, anda tidak perlu memasang apa-apa. Windows Management Framework sudah dipasang.
Anda boleh memuat turun dan memasang Windows Management Framework jika komputer anda sedang menjalankan salah satu daripada sistem pengendalian berikut:
-
Windows Vista Service Pack 1 (SP1) atau SP2
-
Windows Server 2008 SP1 atau SP2
-
Windows Server 2003 SP2
-
Windows XP SP3
Mari mulakan:
sebelum anda memasang Windows Management Framework, anda perlu menyahpasang sebarang versi Windows PowerShell yang sedia ada.
Nota Langkah ini tidak diperlukan untuk Windows 7 atau Windows Server 2008 R2.
-
Dalam Panel Kawalan, dalam Atur Cara, buka Atur Cara dan Ciri, dan nyahpasang sebarang contoh Windows PowerShell yang muncul dalam senarai atur cara yang dipasang. Contohnya, versi Community Technology Preview (CTP) bagi Windows PowerShell v2 mungkin muncul sebagai Windows PowerShell (TM) V2.
-
Di bawah Tugas, pilih LIhat kemas kini yang diapsang dan nyahpasan sebarang contoh Windows PowerShell yang muncul dalam senarai kemas kini yang dipasang. Contohnya, Windows PowerShell V1 mungkin muncul sebagai kemas kini Windows dengan salah satu daripada nombor artikel Asas Pengetahuan Microsoft berikut:
-
KB928439
-
KB923569
-
KB928439
-
Mulakan Pengurus Pelayan dan pergi ke Ciri.
-
Klik Nyahpasang Ciri.
-
Pilih Windows PowerShell dan ikuti arahan untuk menyahpasang.
-
Klik Nyahpasang Ciri.
-
Dalam Panel Kawalan, dalam Atur Cara, buka Atur Cara dan Ciri, dan nyahpasang sebarang contoh Windows PowerShell yang muncul dalam senarai atur cara yang dipasang.
-
Di bawah Tugas, pilih Lihat kemas kini yang dipasang. Nyahpasang sebarang contoh Windows PowerShell yang muncul dalam senarai kemas kini yang dipasang.
-
Dalam Panel Kawalan, buka Tambah atau Alih Keluar Atur Cara dan nyahpasang sebarang contoh bagi Windows PowerShell yang muncul dalam senarai atur cara yang dipasang.
-
Dalam Tambah atau Alih Keluar Atur Cara, pilih Tunjukkan kemas kini. Nyahpasang sebarang contoh Windows PowerShell yang muncul dalam senarai kemas kini yang dipasang. Contohnya, Windows PowerShell V1 mungkin muncul sebagai kemas kini Windows dengan nombor artikel Asas Pengetahuan KB926139.
sebelum anda memasang Windows Management Framework, anda mesti menyahpasang sebarang versi WinRM yang sedia ada.
Nota Langkah ini tidak diperlukan untuk Windows 7 atau Windows Server 2008 R2.
-
Dalam Panel Kawalan, dalam Atur Cara, buka Atur Cara dan Ciri, dan nyahpasang sebarang contoh Windows Remote Management yang muncul dalam senarai atur cara yang dipasang.
-
Di bawah Tugas, pilih Lihat kemas kini yang dipasang. Nyahpasang sebarang contoh Windows Remote Management yang muncul dalam senarai kemas kini yang dipasang. Contohnya, Community Technology Preview (CTP) bagi WinRM 2.0 mungkin muncul sebagai WindowsRemoteManagement dengan salah satu nombor artikel Asas Pengetahuan berikut:
-
KB936059
-
KB950099
-
KB936059
-
Dalam Panel Kawalan, dalam Atur Cara, buka Tambah atau Alih Keluar Atur Cara, dan nyahpasang sebarang contoh Windows Remote Management yang muncul dalam senarai atur cara yang dipasang.
-
Dalam Tambah atau Alih Keluar Atur Cara, pilih Tunjukkan kemas kini. Nyahpasang sebarang contoh Windows Remote Management yang muncul dalam senarai kemas kini yang dipasang. Contohnya, WinRM mungkin muncul sebagai kemas kini Windows dengan nombor artikel Asas Pengetahuan KB936059.
-
Muat turun dan pasang Windows Management Framework. Pilih pakej yang termasuk Windows PowerShell v2 dan WinRM 2.0 dan yang digunakan pada sistem pengendalian anda, seni bina sistem dan bahasa.
Selepas anda memasang WinRM dan Windows PowerShell, konfigurasi perisian untuk bekerja dengan betul seperti yang diterangkan dalam langkah seterusnya.
Nota Jika komputer tempatan dilindungi oleh pelayan Microsoft Internet Security and Acceleration (ISA), anda mungkin perlu memasang Windows Firewall Client atau menkonfigurasi pelayan proksi pada komputer tempatan anda untuk menyambung Windows PowerShell kepada perkhidmatan berasaskan awan. Untuk maklumat lanjut, lihat Windows PowerShell: Soalan Lazim untuk Pentadbir.
-
Klik Start > All Programs > Accessories > Windows PowerShell.
-
Lakukan salah satu daripada yang berikut untuk membuka Windows PowerShell:
-
Jika anda menjalankan Windows Vista, Windows 7 atau Windows Server 2008 R2, klik kanan pada Windows PowerShell dan Jalankan sebagai pentadbir. Jika anda mendapat gesaan kawalan akaun pengguna yang meminta jika anda ingin teruskan, jawab Teruskan.
-
Jika anda menjalankan Windows XP atau Windows Server 2003, klik Windows PowerShell.
-
Jika anda menjalankan Windows Vista, Windows 7 atau Windows Server 2008 R2, klik kanan pada Windows PowerShell dan Jalankan sebagai pentadbir. Jika anda mendapat gesaan kawalan akaun pengguna yang meminta jika anda ingin teruskan, jawab Teruskan.
-
Jalankan arahan berikut:
-
Jika nilai dikembalikan adalah sesuatu yang lebih daripada
RemoteSigned, anda perlu mengubah nilai kepadaRemoteSigned.
Nota Apabila anda mengeset dasar pelaksanaan skrip kepadaRemoteSigned, anda hanya boleh menjalankan skrip yang anda cipta pada komputer atau skrip anda yang ditandatangani oleh sumber yang dipercayai.
-
Klik Mula > Semua Program > Aksesori.
-
Lakukan salah satu daripada yang berikut untuk membuka gesaan arahan:
-
Jika anda menjalankan Windows Vista, Windows 7 atau Windows Server 2008 R2, klik kanan pada Gesaan Arahan dan Jalankan sebagai pentadbir. Jika anda mendapat gesaan kawalan akaun pengguna yang meminta jika anda ingin teruskan, jawab Teruskan.
-
Jika anda menjalankan Windows XP atau Windows Server 2003, klik Gesaan Arahan.
-
Jika anda menjalankan Windows Vista, Windows 7 atau Windows Server 2008 R2, klik kanan pada Gesaan Arahan dan Jalankan sebagai pentadbir. Jika anda mendapat gesaan kawalan akaun pengguna yang meminta jika anda ingin teruskan, jawab Teruskan.
-
Pada gesaan arahan, jalankan arahan berikut:
Nota Jika perkhidmatan WinRM service sudah dijalankan, anda tidak perlu memulakannya. Anda boleh menyemak status perkhidmatan WinRM dengan menjalankan arahansc query winrm.
-
Dalam hasil tersebut, cari nilai
Basic =. Jika nilai adalahBasic = false, anda mestimengubah nilai kepadaBasic = true.
Nota Jika anda memulakan perkhidmatan WinRM, dan anda tidak perlu menukar nilaiBasic, jalankan perintahnet stop winrmuntuk menghentikan perkhidmatan WinRM.
-
Pada gesaan arahan yang anda baru sahaja buka sebagai pentadbir, jalankan arahan berikut. Nilai di antara pendakap
{ }adalah sensitif huruf besar dan huruf kecil:
-
Dalam output arahan, sahkan nilai
Basic = true.
Nota Jika anda memulakan perkhidmatan WinRM, jalankan perintahnet stop winrmuntuk menghentikan perkhidmatan WinRM.
