Topik ini mengandungi video Topik ini mengandungi video

Capai Akaun Anda Menggunakan Program E-mel IMAP atau POP

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2012-07-31

Jika akaun e-mel anda menyokong POP3 dan IMAP4, anda boleh memilih daripada beberapa atur cara e-mel POP3 dan IMAP4 berbeza untuk bersambung kepada akaun anda. Ciri disokong oleh setiap atur cara e-mel adalah berbeza. Untuk mendapatkan maklumat mengenai ciri yang ditawarkan oleh atur cara e-mel POP3 dan IMAP4 khusus, lihat dokumentasi yang disertakan dengan setiap atur cara.

Jika program e-mel yang anda gunakan menyokong akaun Exchange (sebagai contoh, Microsoft Outlook, Microsoft Entourage 2008, atau Apple Mail for Mac), kami menyarankan agar anda menyediakan sambungan Exchange ke akaun anda dan bukannya sambungan POP atau IMAP. Sambungan Exchange menyokong lebih banyak ciri daripada sambungan POP atau IMAP. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Atur Cara dan Ciri E-Mel yang Disokong.

noteNota:
Jika anda tidak tahu sama ada akaun e-mel anda menyokong POP3 dan IMAP4, hubungi orang yang menguruskan peti mel anda (kadangkala, dipanggil pentadbir e-mel).
Arahan untuk Amazon Kindle Fire

Arahan untuk Atur Cara POP3 dan IMAP4

Jika atur cara yang anda gunakan tidak disenaraikan di atas, gunakan maklumat berikut untuk menyediakannya untuk mendapatkan e-mel anda:

  • Nama pengguna   Masukkan nama pengguna anda (contohnya, tony@contoso.com).

  • Kata Laluan   Masukkan kata laluan anda.

  • Pengesahan   Gunakan nama pengguna dan kata laluan yang sama untuk mengesahkan dengan pelayan e-mel masuk atau keluar (menghantar). Jangan gunakan “Pengesahan Kata Laluan Selamat”.

  • Nama pelayan, nombor port dan kaedah penyulitan   Sebelum anda menyediakan program e-mel POP3 atau IMAP4, anda perlu mencari seting pelayan POP3, IMAP4 dan SMTP anda sendiri.

    Tonton video ini untuk mengetahui cara untuk mencari seting pelayan anda untuk atur cara e-mel POP atau IMAP.

    4873755a-8b1e-497e-bc54-101d1e75d3e7

    Untuk mencari seting pelayan anda, daftar masuk ke akaun e-mel anda menggunakan Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk, klik Opsyen > Lihat Semua Opsyen > Akaun > Akaun Saya > Seting untuk akses POP, IMAP, dan SMTP. Nama pelayan POP3, IMAP4, dan SMTP dan seting lain yang perlu anda masukkan disenaraikan pada halaman Seting Protokol di bawah Seting POP atau Seting IMAP, dan Seting SMTP.

    noteNota:
    Jika anda melihat Tidak tersedia di sebelah Seting POP, Seting IMAP, dan Seting SMTP, akaun anda mungkin tidak disediakan untuk menggunakan atur cara e-mel POP atau IMAP. Untuk maklumat lanjut, hubungi orang yang menguruskan akaun e-mel anda.

Apa lagi yang perlu saya tahu?

  • Lapisan Soket Selamat (SSL) dan Keselamatan Lapisan Pengangkutan (TLS) adalah kaedah untuk membantu menyelamatkan komunikasi di antara komputer anda dan pelayan e-mel. Sesetengah program e-mel merujuk kepada SSL atau TLS sebagai “penyulitan”. Dalam kebanyakan program e-mel, anda perlu membuka seting atau tab “Seting” untuk mengeset SSL untuk sambungan POP dan IMAP dan TLS untuk sambungan SMTP.

  • Atur cara e-mel anda mungkin mencuba untuk menggunakan port 110 secara automatik jika anda menggunakan POP atau port 143 jika anda menggunakan IMAP. Jika atur cara e-mel anda menunjukkan port 110 atau 143, pastikan anda memilih penyulitan SSL. Kemudian, masukkan nombor port bagi 995 untuk menggantikan nombor port lalai (110) jika anda menggunakan POP atau nombor port bagi 993 untuk menggantikan nombor port lalai (143) jika anda menggunakan IMAP.

  • Program e-mel anda mungkin cuba menggunakan port pelayan 25 untuk SMTP secara automatik. Jika atur cara e-mel anda menunjukkan port 25 untuk SMTP, pastikan anda memilih penyulitan TLS. Kemudian, masukkan 587 untuk menggantikan nombor port lalai yang ditetapkan kepada 25.

  • Jika akaun e-mel anda ialah jenis yang memerlukan pendaftaran, anda mesti mendaftarkannya pada kalu pertama anda mendaftar masuk ke Outlook Web App. Tindakan menyambung ke akaun e-mel anda melalui POP3 atau IMAP4 akan gagal jika anda belum mendaftarkan akaun anda melalui Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk ke akaun anda, daftar keluar. Kemudian, cuba sambung menggunakan program POP3 atau IMAP4 anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mendaftar masuk ke akaun anda menggunakan Outlook Web App, lihat Cara untuk Mendaftar Masuk ke E-mel Anda Menggunakan Pelayar Web. Jika anda mengalami masalah mendaftar masuk, sila lihat Soalan Lazim: Isu Daftar Masuk dan Kata Laluan atau hubungi individu yang menguruskan akaun e-mel anda.

Bagaimana jika saya ingin tahu lebih lanjut?

 
Topik bantuan berkaitan
Memuat...
Tiada sumber ditemui.