Sediakan E-Mel POP atau IMAP pada Telefon Mudah Alih Berupaya Internet

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2011-11-23

Anda boleh menyediakan e-mel pada pelbagai jenis telefon mudah alih berkeupayaan Internet. Jika anda sistem pengendalian telefon mudah alih anda, lihat Ciri Telefon Mudah Alih untuk pautan kepada arahan khusus untuk setiap sistem pengendalian telefon mudah alih.

Bagaimana saya dapat sediakan e-mel POP atau IMAP pada telefon berupaya Internet?

Dalam atur cara pemesejan telefon mudah alih, anda boleh sediakan e-mel anda dengan seting berikut:

  • Alamat e-mel: Ini adalah alamat e-mel penuh anda (contohnya, tony@contoso.com).

  • Nama pengguna: Nama pengguna anda adalah alamat e-mel penuh anda (contohnya, tony@contoso.com).

  • Kata Laluan: Ini adalah kata laluan untuk akaun e-mel anda.

  • Pelayan mel masuk: Masukkan nama pelayan POP3 atau IMAP. Untuk maklumat mengenai cara untuk mencari nama pelayan (POP3 atau IMAP4) masuk anda, lihat Bagaimanakah saya dapat mencari seting pelayan? kemudian dalam topik ini.

  • Pelayan mel keluar: Untuk maklumat mengenai cara untuk mencari nama pelayan (SMTP) keluar anda, lihat Bagaimanakah saya dapat mencari seting pelayan? kemudian dalam topik ini.

  • Seting Lanjutan: Jika atur cara pemesejan telefon mudah alih anda membenarkan anda untuk menyediakan seting lanjutan, pastikan opsyen Pelayan keluar memerlukan pengesahan dipilih dan pastikan untuk memilih Gunakan nama pengguna dan kata laluan yang sama untuk menghantar e-mel.

Bagaimanakah saya dapat mencari seting pelayan?

Sebelum anda menyediakan program e-mel POP3 atau IMAP4, anda perlu mencari seting pelayan POP3, IMAP4 dan SMTP anda.

Tontoni video ini untuk mengetahui cara mencari seting pelayan anda bagi program e-mel POP atau IMAP anda.

4873755a-8b1e-497e-bc54-101d1e75d3e7

Untuk mencari seting pelayan anda, daftar masuk ke akaun e-mel anda menggunakan Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk, klik Opsyen > Lihat Semua Opsyen > Akaun > Akaun Saya > Seting bagi capaian POP, IMAP dan SMTP. Nama pelayan POP3, IMAP4 dan SMTP serta seting lain yang mungkin anda perlu masukkan telah disenaraikan pada halaman Seting Protokol di bawah Seting POP atau Seting IMAP dan Seting SMTP.

noteNota:
Jika anda melihat Tidak tersedia di sebelah Seting POP, Seting IMAP dan Seting SMTP, akaun anda mungkin tidak disediakan untuk menggunakan program e-mel POP atau IMAP. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi individu yang menguruskan akaun e-mel anda.

Apa lagi yang perlu saya tahu?

  • Menyediakan akaun e-mel pada telefon mudah alih memerlukan anda mempunyai rancangan data dengan pembawa telefon mudah alih anda.

  • Jika akaun e-mel anda ialah jenis yang memerlukan pendaftaran, anda mesti mendaftarkannya pada kalu pertama anda mendaftar masuk ke Outlook Web App. Tindakan menyambung ke akaun e-mel anda melalui telefon bimbit akan gagal jika anda belum mendaftarkan akaun anda melalui Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk ke akaun anda, daftar keluar. Kemudian, cuba sambung menggunakan telefon bimbit anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mendaftar masuk ke akaun anda menggunakan Outlook Web App, lihat Cara untuk Mendaftar Masuk ke E-mel Anda Menggunakan Pelayar Web. Jika anda mengalami masalah mendaftar masuk, sila lihat Soalan Lazim: Isu Daftar Masuk dan Kata Laluan atau hubungi individu yang menguruskan akaun e-mel anda.

  • Jika anda tidak dapat menghantar mesej daripada telefon Windows Mobile anda menggunakan POP3 atau IMAP4 tetapi anda boleh menerima mesej, mungkin terdapat masalah dengan persediaan e-mel pada telefon Windows Mobile anda. Masalah ini boleh dibetulkan dengan memuat turun dan memasang Windows Mobile 6.1 Hotfix untuk Menghantar E-mel POP dan IMAP. Untuk memuat turun hotfix, klik pautan.

 
Topik bantuan berkaitan
Memuat...
Tiada sumber ditemui.