Topik ini mengandungi video Topik ini mengandungi video

Menyediakan E-Mel dalam Outlook 2007

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2013-01-21

Anda boleh menyediakan Office Outlook 2007 secara automatik untuk mencapai akaun anda menggunakan alamat e-mel dan kata laluan anda sahaja.

Jika anda pengguna Microsoft Office 365, anda mesti menyediakan desktop anda sebelum anda boleh menyediakan Outlook. Untuk maklumat lanjut, lihat Menyediakan desktop anda untuk Office 365.

noteNota:
Outlook 2007 menyokong hanya satu akaun e-mel Exchange bagi setiap profil Outlook. Jika anda menerima ralat semasa anda cuba menambahkan akaun e-mel Exchange kedua pada profil Outlook 2007, anda mungkin perlu mencipta profil baru sebelum anda boleh menggunakan akaun Exchange dengan Outlook 2007. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat "Apa lagi yang saya perlu lakukan?" dalam topik ini kemudian.
Tontoni video ini untuk mengetahui cara menyediakan Outlook 2007

4873755a-8b1e-497e-bc54-101d1e75d3e7
Cara untuk menyediakan Outlook 2007

  1. Buka Outlook 2007. Jika bestari Permulaan Outlook 2007 memapar secara automatik, pada halaman pertama bestari, klik Berikut. Kemudian, pada halaman Akaun E-mel bestari, klik Berikut sekali lagi untuk menyediakan akaun e-mel.

    Jika bestari Permulaan Outlook 2007 tidak muncul, pada menu Alat, klik Seting Akaun. Dalam kotak dialog Seting Akaun, pada tab E-mel klik Baru.

  2. Pada halaman Persediaan Akaun Auto , Outlook akan cuba mengisi seting Nama Anda dan Alamat E-mel secara automatik berdasarkan cara anda mengelog masuk pada komputer anda. Jika seting telah diisi dan adalah betul, klik Berikut untuk Outlook melengkapkan penyediaan akaun anda.

    Jika seting dalam halaman Persediaan Akaun Auto tidak diisi atau tidak betul, pertimbangkan perkara berikut semasa anda membetulkan seting:

    • Jika seting pada halaman Persediaan Akaun Auto tidak diisi untuk anda, taipkan seting yang betul berdasarkan maklumat yang diberi kepada anda oleh individu yang menguruskan akaun e-mel anda.

    • Jika nama dalam kotak Nama Anda tidak betul, anda perlu mengesetkan semula opsyen pada halaman Persediaan Akaun Auto sebelum anda boleh mengedit nama anda. Untuk mengeset semula opsyen, pilih lalu kosongkan kotak semak di sebelah Konfigurasikan seting pelayan atau jenis pelayan tambahan secara manual.

  3. Selepas anda mengklik Berikut pada halaman Persediaan Akaun Auto bestari, Outlook melaksanakan carian dalam talian untuk mencari seting pelayan e-mel anda.

    Outlook 2007 memaparkan mesej yang meminta anda membenarkan laman Web menyediakan akaun anda secara automatik. Outlook mesti menyambung ke laman Web tersebut secara berkala untuk memastikan akaun anda sentiasa terkini. Jika anda tidak mahu melihat mesej ini pada setiap kali persediaan auto berjalan, pilih Jangan tanya saya mengenai laman web ini lagi, kemudian klik Benarkan.

    Outlook 2007 akan terus menyediakan akaun anda. Nama pengguna dan kata laluan anda akan diminta sebelum Outlook 2007 boleh menyambung ke akaun anda. Pastikan anda memasukkan alamat e-mel lengkap (contohnya, tony@contoso.com) sebagai nama pengguna anda. Anda akan digesa untuk memasukkan nama pengguna dan kata laluan sebanyak beberapa kali sebelum anda bersambung.

    • Jika Outlook dapat menyediakan akaun anda, anda akan lihat teks berikut: Akaun e-mel anda telah berjaya dikonfigurasikan untuk menggunakan Microsoft Exchange. Klik Selesai.

    • Jika Outlook tidak dapat menyediakan akaun anda, lihat "Apa lagi yang saya perlu tahu?" dalam topik ini kemudian.

Apa lagi yang saya perlu tahu?

  • Jika akaun e-mel anda ialah jenis yang memerlukan pendaftaran, anda mesti mendaftarkannya pada kalu pertama anda mendaftar masuk ke Outlook Web App. Tindakan menyambung ke akaun e-mel anda melalui Outlook akan gagal jika anda belum mendaftarkan akaun anda melalui Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk ke akaun anda, daftar keluar. Kemudian, cuba sambung menggunakan Outlook. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mendaftar masuk ke akaun anda menggunakan Outlook Web App, lihat Cara untuk Mendaftar Masuk ke E-mel Anda Menggunakan Pelayar Web. Jika anda mengalami masalah mendaftar masuk, sila lihat Soalan Lazim: Isu Daftar Masuk dan Kata Laluan atau hubungi individu yang menguruskan akaun e-mel anda.

  • Jika Persediaan Akaun Auto gagal menyambungkan anda ke akaun anda, lakukan satu atau lebih daripada berikut:

    • Tunggu beberapa minit dan cuba lagi.

    • Jika anda perlu menyambung ke akaun e-mel anda dengan segera, gunakan pelayar Web atau program e-mel yang menyokong POP atau IMAP untuk menyambung ke akaun anda menggunakan Outlook Web App. Untuk mendapatkan maklumat mengenai cara bersambung dengan pelayar Web, lihat Cara untuk Mendaftar Masuk ke E-mel Anda Menggunakan Pelayar Web. Untuk mendapatkan maklumat mengenai cara bersambung dengan program e-mel POP atau IMAP, lihat Capai Akaun Anda Menggunakan Program E-mel IMAP atau POP.

    • Jika anda tahu nama individu yang menguruskan peti mel anda (kadangkala dipanggil pentadbir e-mel), hubungi mereka dan laporkan ralat yang anda terima semasa cuba menyambung dengan Outlook.

  • Outlook 2007 menyokong hanya satu akaun e-mel Exchange bagi setiap profil Outlook. Jika anda cuba menambahkan akaun Exchange kedua pada profil semasa Outlook berjalan, anda akan menerima ralat berikut:

     

    Anda tidak boleh menambahkan akaun Microsoft Exchange pada profil ini semasa Outlook berjalan. Keluar dari Outlook dan gunakan ikon Mel dalam Panel Kawalan untuk menambahkan akaun Microsoft Exchange.

     

    Jika anda telah mempunyai akaun Exchange dalam profil Outlook anda, anda perlu memadamkan profil semasa atau mencipta profil baru sebelum anda boleh mengikuti langkah dalam topik ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai profil Outlook , lihat Menambah atau mengalih keluar akaun e-mel pada laman web Microsoft Office Online.

    Anda juga boleh menyambung ke akaun e-mel anda menggunakan POP atau IMAP. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lihat Menyediakan Outlook 2007 untuk Capaian IMAP atau POP pada Akaun E-Mel Anda.

Bagaimana jika saya ingin mengetahui lebih lanjut?

 
Topik bantuan berkaitan
Memuat...
Tiada sumber ditemui.