Menyediakan Mozilla Thunderbird 2.0 untuk Akaun E-Mel Anda

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2013-01-21

Anda boleh menyambungkan Mozilla Thunderbird 2.0 ke akaun e-mel anda menggunakan kesambungan POP3 atau IMAP4. Arahan ini berkenaan dengan kedua-dua Windows dan Mac.

Untuk maklumat mengenai cara untuk menyambung ke akaun e-mel anda menggunakan Thunderbird 3.0, lihat Sediakan Mozilla Thunderbird 3.0 untuk Akaun E-Mel Anda.

Bagaimanakah saya menyediakan Mozilla Thunderbird untuk capaian ke Outlook Web App?

  1. Buka Mozilla Thunderbird. Bestari Akaun berjalan pada kali pertama anda membuka Thunderbird. Jika Bestari Sambungan Internet tidak berjalan pada kali pertama anda membuka Thunderbird, lakukan perkara berikut:

    1. Pada menu Alat, klik Seting Akaun.

    2. Pada halaman Seting Akaun, klik Tambah Akaun.

  2. Dalam Bestari Akaun, pada halaman Persediaan Akaun Baru, pilih Akaun e-mel kemudian klik Berikut atau Teruskan.

  3. Pada halaman Identiti, dalam kotak Nama Anda, masukkan nama yang anda inginkannya muncul dalam medan “Daripada” mesej keluar anda, kemudian dalam kotak Alamat E-mel, masukkan alamat e-mel anda.

  4. Pada halaman Maklumat Pelayan, pilih POP atau IMAP, kemudian klik Berikut atau Teruskan. Anda digalakkan untuk menggunakan IMAP4 kerana ia menyokong lebih banyak ciri.

  5. Dalam kotak Pelayan Masuk dan Pelayan Keluar, masukkan nama pelayan yang sesuai, kemudian klik Berikut atau Teruskan.

    • Pelayan POP3 atau Pelayan IMAP4   Ini ialah nama pelayan yang anda masukkan semasa anda menyediakan komputer untuk menyambung ke akaun e-mel anda. Untuk mendapatkan maklumat mengenai cara untuk mencari nama pelayan (POP3 atau IMAP4) masuk anda, lihat Bagaimanakah saya mencari seting pelayan? dalam topik ini kemudian.

    • Pelayan SMTP   Ini ialah nama pelayan SMTP yang anda perlu masukkan apabila anda menyediakan sama ada klien POP3 atau IMAP4 untuk menyambung ke akaun e-mel anda. Untuk mendapatkan maklumat mengenai cara untuk mencari nama pelayan (SMTP) keluar anda, lihat Bagaimanakah saya mencari seting pelayan? dalam topik ini kemudian.

  6. Pada halaman Nama Pengguna, masukkan alamat e-mel anda dalam kotak Nama Pengguna Masuk dan Nama Pengguna Keluar, kemudian klik Berikut atau Teruskan.

  7. Pada halaman Nama Akaun, masukkan nama yang anda ingin gunakan untuk merujuk kepada akaun e-mel ini, kemudian klik Berikut atau Teruskan.

  8. Pada halaman Tahniah, semak semula konfigurasi anda, kemudian klik Selesai atau Siap untuk keluar dari bestari.

    noteNota:
    Selepas anda melengkapkan langkah ini, satu peringatan mungkin memberitahu anda bahawa anda perlu menyediakan sambungan anda ke akaun e-mel anda menggunakan SSL atau TLS. Anda akan melakukan ini dalam langkah seterusnya. Klik OK.
  9. Sediakan Thunderbird untuk menggunakan SSL atau TLS, lakukan perkara berikut:

    noteNota:
    Jika halaman Seting Akaun tidak terbuka secara automatik, dalam Thunderbird, pada menu Alat, klik Seting Akaun.
    1. Dalam anak tetingkap navigasi Seting Akaun, pilih Pelayan Keluar (SMTP). Pada halaman Seting Pelayan Keluar (SMTP), pilih pelayan SMTP, kemudian klik Edit.

    2. Di bawah Keselamatan dan Pengesahan, di bawah Gunakan sambungan selamat, pastikan TLS, jika tersedia dipilih, kemudian klik OK.

    3. Dalam anak tetingkap navigasi Seting Akaun, di bawah konfigurasi akaun e-mel anda, pilih Seting Pelayan.

    4. Pada halaman Seting Pelayan, di bawah Seting Keselamatan, pilih SSL, kemudian klik OK.

    5. Dalam kotak mesej Kata Laluan Pelayan Mel Diperlukan, taipkan kata laluan anda. Jika anda inginkan Thunderbird mengingati kata laluan anda, klik Gunakan Pengurus Kata Laluan untuk Mengingati kata laluan ini. Jika anda menggunakan IMAP, klik OK. Jika anda menggunakan POP, pergi ke langkah seterusnya.

  10. Jika anda menggunakan POP3, di bawah Seting Pelayan, anda disarankan untuk memilih Tinggalkan mesej pada pelayan. Tindakan ini akan menyimpan satu salinan mesej yang anda dapatkan pada komputer setempat anda pada pelayan. Ini juga membenarkan anda mencapai mesej anda daripada aplikasi mel yang berbeza.

Bagaimanakah saya mencari seting pelayan?

Sebelum anda menyediakan program e-mel POP3 atau IMAP4, anda perlu mencari seting pelayan POP3, IMAP4 dan SMTP anda.

Tontoni video ini untuk mengetahui cara mencari seting pelayan anda bagi program e-mel POP atau IMAP anda.

4873755a-8b1e-497e-bc54-101d1e75d3e7

Untuk mencari seting pelayan anda, daftar masuk ke akaun e-mel anda menggunakan Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk, klik Opsyen > Lihat Semua Opsyen > Akaun > Akaun Saya > Seting bagi capaian POP, IMAP dan SMTP. Nama pelayan POP3, IMAP4 dan SMTP serta seting lain yang mungkin anda perlu masukkan telah disenaraikan pada halaman Seting Protokol di bawah Seting POP atau Seting IMAP dan Seting SMTP.

noteNota:
Jika anda melihat Tidak tersedia di sebelah Seting POP, Seting IMAP dan Seting SMTP, akaun anda mungkin tidak disediakan untuk menggunakan program e-mel POP atau IMAP. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi individu yang menguruskan akaun e-mel anda.

Apa lagi yang saya perlu tahu?

  • Jika anda tidak tahu sama ada untuk menggunakan POP3 atau IMAP4, pertimbangkan untuk menggunakan IMAP4 kerana ia menyokong lebih banyak ciri.

  • Jika akaun e-mel anda ialah jenis yang memerlukan pendaftaran, anda mesti mendaftarkannya pada kalu pertama anda mendaftar masuk ke Outlook Web App. Tindakan menyambung ke akaun e-mel anda melalui POP3 atau IMAP4 akan gagal jika anda belum mendaftarkan akaun anda melalui Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk ke akaun anda, daftar keluar. Kemudian, cuba sambung menggunakan program POP3 atau IMAP4 anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mendaftar masuk ke akaun anda menggunakan Outlook Web App, lihat Cara untuk Mendaftar Masuk ke E-mel Anda Menggunakan Pelayar Web. Jika anda mengalami masalah mendaftar masuk, sila lihat Soalan Lazim: Isu Daftar Masuk dan Kata Laluan atau hubungi individu yang menguruskan akaun e-mel anda.

  • Dalam kes tertentu, jika anda telah menyediakan Thunderbird untuk menggunakan IMAP, anda perlu menyediakan Thunderbird untuk menempatkan mesej yang telah anda hantar ke dalam folder Item Hantar pada pelayan Exchange. Anda boleh berbuat sedemikian seperti berikut:

    1. Untuk mendaftar masuk ke akaun e-mel anda menggunakan Thunderbird, klik Dapatkan Mel dalam Thunderbird.

    2. Dalam Thunderbird, pada menu Alat , klik Seting Akaun.

    3. Dalam anak tetingkap navigasi Seting Akaun, pilih Salinan & Folder untuk akaun e-mel anda.

    4. Dalam Salinan & Folder di anak tetingkap kanan, di bawah Apabila menghantar mesej, secara automatik, pilih Lain. Dalam senarai juntai bawah, pilih nama pengguna anda, kemudian pilih Item Hantar.

    5. Klik OK.

Bagaimana jika saya ingin mengetahui lebih lanjut?

 
Topik bantuan berkaitan
Memuat...
Tiada sumber ditemui.