Tambah Tandatangan

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2011-11-23

Tandatangan e-mel terdiri daripada teks yang boleh ditambah di akhir mesej e-mel keluar.

noteNota:
Topik ini berkaitan dengan versi standard Outlook Web App. Untuk membaca tentang ciri ini bagi Aplikasi Light Outlook Web, lihat Opsyen > Pemesejan.
Bagaimana saya mencipta tandatangan?

  1. Di bahagian atas Outlook Web App, klik Opsyen > Lihat Semua Opsyen > Seting > Mell.

  2. Dalam kotak Tandatangan E-Mel, taipkan dan formatkan tandatangan anda.

    Jika anda menggunakan kedua-dua Outlook Web App dan Outlook dan hendak tandatangan pada kedua-duanya, anda perlu membuat tandangan di setiap kedua-duanya.

  3. Untuk menambah tandatangan anda kepada semua mesej keluar, pilih kotak semak Masukkan tandatangan saya pada mesej yang saya hantar secara automatik.

  4. Klik Simpan atau tekan CTRL+S.

Apa lagi yang perlu saya tahu?

  • Jika anda tidak memilih kotak untuk menambah tandatangan anda secara automatik kepada semua mesej keluar, anda masih boleh menambahnya pada mesej individu.

    1. Cipta tandatangan anda seperti yang diterangkan di atas, tetapi jangan pilih kotak semak Masukkan tandatangan saya pada mesej keluar yang saya hantar.

    2. Apabila anda mencipta mesej baru, tambah tandatangan anda kepadanya dengan mengklik Masukkan Tandatangan tandatangan pada bar alat.

  • Anda tidak boleh memasukkan fail gambar (seperti .gif atau .tif) dalam tandatangan anda Outlook Web App.

Bagaimana jika saya ingin tahu lebih lanjut?

 
Topik bantuan berkaitan
Memuat...
Tiada sumber ditemui.