Cipta Mesej

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2011-11-23

Anda boleh mencipta mesej dalam bentuk mesej baru. Ini adalah bentuk  sama yang digunakan untuk membalas dan mengemukakan mesej.

Bagaimana saya mencipta mesej baru?

  1. Dalam sebarang folder mel, klik Baru mesej baru, atau tekan CTRL+N di papan kekunci.

    Anda juga boleh mencipta mesej baru semasa anda melihat buku alamat. Pada bar alat, klik Buku Alamat buku alamat, dan kemudian gunakan kotak teks carian untuk mencari orang atau kumpulan kepada siapa yang anda ingin menghantar mesej. Klik kanan pada nama penerima dalam senarai, dan kemudian klik cipta mesej kepada kenalanMesej Baru.

  2. Masukkan penerima yang anda inginkan pada baris Kepada dan Sk . Untuk maklumat lanjut mengenai penerima, lihat Tambah atau Alih keluar Penerima.

  3. Taip subjek.

  4. Taip mesej anda dalam jasad teks.

  5. Apabila anda selesai menaip mesej, klik hantarHantar atau tekan ALT+S untuk menghantarnya.

Apa lagi yang saya perlu tahu?

  • Anda boleh mendapat kebenaran daripada pentadbir anda untuk menghantar sebagai orang lain dalam organisasi anda. Setelah kebenaran diatur bagi membolehkan anda menghantar sebagai individu tersebut, anda boleh gunakan garis Dari untuk tulis mesej dengan nama individu tersebut tertera sebagai penghantar. Untuk menjadikan garis Dari tersedia, klik Opsyen pada bar alat mesej, semak Show From, kemudian klik OK untuk kembali ke tetingkap mesej. Untuk menggunakan garis Dari, taip nama individu penghantar yang dibenarkan, atau klik anak panah ke bawah bersebelahan Dari, pilih Alamat e-mel lain, kemudian pilih alamat untuk dihantar daripada Buku Alamat.

    Anda boleh gunakan bahagian Opsyen Mesej Tab Mel untuk hidupkan garis Dari untuk semua mesej.

  • Apabila anda membalas mese, maklumat pengepala (Kepada, Daripada dan Subjek) diisi untuk anda. Apabila anda mengemukakan mesej, Kepada dibiarkan untuk anda isikan. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat Balas atau Kemukakan Mesej.

  • Semasa anda mencipta mesej, anda boleh mengeset format mesej kepada HTML atau Teks kosong menggunakan senarai di bahagian atas bentuk mesej. Jika anda memilih HTML, bar alat memformat teks muncul di atas jasad mesej. Anda boleh menggunakan bar alat untuk mengubah fon keseluruhan mesej atau bahagian yang anda pilih. Selain daripada pilihan format asal, anda boleh menambah pilihan pada bar alat dengan klik Suaikan ikon kembangkan di akhir bar alat format, dan kemudian pilih kotak semak di sebelah pilihan yang anda mahu tambah. Untuk maklumat lanjut mengenai cara memformat mesej, lihat Formatkan Mesej.

  • Jika anda sentiasa menghantar mesej e-mel dalam jumlah yang besar, atau beberapa mesej kepada kumpulan penerima yang besar, anda mungkin mencapai had penghantaran untuk peti mel anda. Had penghantaran adalah berdasarkan bilangan penerima mesej yang anda hantar dalam tempoh 24 jam dan berbeza-beza mengikut ketetapan organisasi anda. Jika anda melebihi had, anda akan menerima amaran semasa menghantar mesej seterusnya.

    E-mel yang anda karang semasa melebihi had penghantaran akan disimpan secara automatik dalam folder Draf anda. Selepas seketika, anda boleh buka e-mel daripada folder Draf anda dan cuba hantar semula. Sekiranya anda masih melebihi had penghantaran, anda akan dapat lihat mesej amaran lagi. E-mel tersebut akan tersimpan dalam folder Draf sehingga anda menghantar atau memadamnya. Jika anda telah menunggu selama 24 jam dan masih menerima amaran yang sama apabila menghantar mesej, cuba kurangkan bilangan penerima.

  • Opsyen berikut tersedia pada bar alat apabila anda mencipta mesej.

     

    Butang Perihalan

    hantarHantar

    Menghantar mesej kepada penerima.

    simpan

    Menyimpan mesej dalam folder Draf tetapi jangan hantar mesej tersebut.

    ikon lampiran

    Melampirkan fail kepada mesej. Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk melampirkan fail, lihat Bekerja dengan Lampiran.

    buku alamat

    Membuka Buku Alamat untuk mencari nama penerima.

    semak nama

    Semak nama penerima mesej dalam Buku Alamat atau dalam folder Orang Hubungan anda. Untuk maklumat lanjut tentang cara untuk menyelesaikan nama, lihat Tambah atau Alih keluar Penerima.

    kepentingan tinggi

    Mengeset kepentingan mesej kepada Tinggi.

    kepentingan rendah

    Mengeset kepentingan mesej kepada Rendah.

    tandatangan

    Menambah tandatangan pada akhir mesej. Untuk maklumat lanjut mengenai tandatangan, lihat Tambah Tandatangan.

    Anda perlu mencipta tandatangan sebelum butang ini melakukan sesuatu.

    semak ejaan

    Periksa ejaan dalam teks mesej. Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk menyemak ejaan, lihat Ketahui Mengenai Ejaan.

    Opsyen

    Memaparkan kotak dialog Opsyen Mesej. Untuk maklumat lanjut mengenai opsyen mesej, lihat Setkan Opsyen Mesej.

    Senarai Format Mesej

    Setkan format mesej kepada HTML atau Teks kosong. Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk mengeset format, lihat Formatkan Mesej.

Bagaimana jika saya ingin tahu lebih lanjut?

 
Topik bantuan berkaitan
Memuat...
Tiada sumber ditemui.