Bar alat

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2010-08-13

Setiap jenis folder dalam peti mel anda (mel, kalendar, orang hubungan dan tugas) mempunyai set bar alatnya sendiri yang khusus kepada fungsi atau tujuannya. Jadual berikut menunjukkan sampel butang yang tersedia pada bar alat untuk folder mel. Folder lain mempunyai set opsyen bar alat yang serupa yang digunakan pada jenis maklumat yang terkandung dalamnya.

 

Butang Perihalan

Baru

Cipta mesej e-mel baru.

Hapus

Hapuskan mesej atau msej-mesej e-mel yang dipilih.

Alih

Klik alih item yang dipillih ke folder lain.

Penapis

Klik untuk memilih penapis pratetap untuk mencari item yang sepadan dengan penapis.

Paparan

Tunjuk atau sembunyikan Anak Tetingkap Baca.

semak mesej

Semak pelayan untuk mesej baru.

Balas

Balas kepada penghantar mesej e-mel.

Balas Semua

Balas kepada semua penerima mesej e-mel.

Kemukakan

Kemukakan mesej e-mel kepada penerima atau penerima-penerima.

Sebagai tambahan kepada bar alat, anda boleh menyelesaikan beberapa tindakan dengan mengklik kanan pada item dan memilih tindakan yang anda inginkan dari menu.

Apa lagi yang perlu saya tahu?

Jika anda menggunakan Anak Tetingkap Baca, anda tidak akan nampak Balas, Balas Semua, atau Kemukakan dalam bar alat. Sebaliknya, anda akan nampak ikon untuk balas balas, balas semua dan majukan kemukakan pada bahagian atas setiap mesej dalam Anak Tetingkap Baca.

Bagaimana jika saya ingin tahu lebih lanjut?

 
Topik bantuan berkaitan
Memuat...
Tiada sumber ditemui.