Kegemaran

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2009-08-16

Anda boleh menggunakan folder Kegemaran dalam Anak Tetingkap Navigasi untuk menyimpan pintasan kepada folder yang paling banyak anda gunakan.

Bagaimana saya menambah folder kepada Kegemaran?

Terdapat dua cara anda boleh menambah folder kepada Kegemaran anda:

  • Klik folder yang anda ingin tambah kepada Kegemaran anda dan kemudian seretkannya kepada Kegemaran.

  • Klik kanan folder yang anda ingin tambahkan kepada Kegemaran anda dan kemudian pilih Tambah kepada Kegemaran.

Bagaimana saya mengalih keluar daripada Kegemaran?

  • Klik kanan folder yang anda hendak alihkan keluar daripada Kegemaran anda dan kemudian, klik Alih Keluar daripada Kegemaran. Jika anda mengklik Hapus, anda akan ditanya sama ada anda hendak menghapuskan folder atau mengalih keluarnya daripada Kegemaran. Buat pilihan anda dan kemudian, klik OK, atau klik Batal untuk keluar tanpa mengalih keluar atau menghapuskan folder daripada Kegemaran.

  • Jika anda memilih Hapuskannya, folder akan dihapuskan dari peti mel anda.

Bagaimana saya menyusun folder dalam Kegemaran?

  • Apabila anda menyeret folder ke dalam Kegemaran anda, anda akan melihat garisan yang menunjukkan kepada anda di mana folder akan dilepaskan. Selepas folder ditambah kepada Kegemaran anda, anda boleh mengalihkannya ke atas atau ke bawah dalam senarai Kegemaran dengan mengklik kanannya dan mengklik alihkan ke atasBeralih ke Atas Senarai atau alihkan ke bawahBeralih ke Bawah Senarai.

  • Anda tidak boleh menyarang dalam Kegemaran. Jika anda mencipta pintasan dalam Kegemaran untuk folder yang mempunyai subfolder, anda tidak akan melihat subfolder dalam Kegemaran.

Bagaimana jika saya ingin tahu lebih lanjut?

 
Topik bantuan berkaitan
Memuat...
Tiada sumber ditemui.